Wednesday, June 8, 2011

Tegur Gambit, Jangan Malukan Negara

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menasihatkan pengarah klip video kontroversi, Gambit Saifullah supaya tidak membandingkan hasil karyanya dengan filem-filem lain sebaliknya harus bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan.

Presidennya, Harun Salim Bachik berkata, tindakan Gabit menghasilkan klip video lagu Marilah dianggap tidak bermoral selain mencemarkan imej negara jika dipasarkan di luar negara.
"Jangan dia (Gambit) bandingkan filem ...Dalam Botol dan filem lain dengan klip video itu kerana kreativiti yang dia hasilkan tidak memberikan manfaat dalam konteks budaya Malaysia.

"Lagipun, apa yang dipaparkan di dalam drama dan filem mempunyai mesej tertentu yang lebih jelas berbanding klip video kerana ia mempunyai masa yang singkat selain boleh memberi macam-macam tafsiran," katanya.



Harun diminta mengulas berhubung penyebaran klip video Marilah nyanyian Prema Yin yang dilakonkan dengan aksi berahi melibatkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle.
Alasan Gambit, aksi yang di arahkannya itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat.


Harun berkata, sebagai rakyat Malaysia, Gambit seharusnya menghasilkan klip video yang memaparkan budaya-budaya negara ini untuk diketahui bangsa asing bukannya menampilkan sesuatu yang boleh mencemar nama negara.

"Klip video itu agak keterlaluan. Walaupun ia dihasilkan untuk pasaran luar negara, mereka sepatutnya peka dengan budaya dan agama rasmi negara kita iaitu Islam serta budaya yang kita amalkan.
"Jadi, mereka perlu berhati-hati melakukan klip video itu dan jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya barat," jelasnya lagi.

Katanya, banyak lagi unsur lain yang boleh diterapkan untuk menyampaikan kasih sayang dan cinta dalam sesebuah karya.
Bukan sahaja Gambit kata Harun sebaliknya Prema Yin dan Shahz Jazle turut bertanggungjawab dalam kontroversi berkenaan.




.

11 Penyokong CHELSEA:

adam narzuan on June 8, 2011 at 9:23 AM said...

moga gambit dapat menilai kesilapan kali ni dan lebih berhati-hati untuk masa akan datang... Dunia memang tanpa sempadan..Tapi biarlah perlakuan ada batasan dan berbudaya ketimuran...
btol tak cik lulu??

roslaini saad on June 8, 2011 at 9:27 AM said...

orang muda maaa... dia ingat dia kreatif... dia ingat dia dah berani buat... tapi buat kerja tak buat kajian budaya dan sentimen masyarakat....main balun je... mana tak jahanam budaya.. ini kalau kat barat dah jadi director filem blue....

Aty Fared on June 8, 2011 at 9:30 AM said...

gambit memang sengal...tah ape2 tah...

surianisiti on June 8, 2011 at 9:37 AM said...

Setuju! gambit kena bertangggungjawab! hehe

sairazura on June 8, 2011 at 9:45 AM said...

stuju..aku yg dah kawen nih pon naik segan tgk mv tu..

SYARIFF HAIKAL on June 8, 2011 at 9:46 AM said...

YAH STEADY PAK HARUN..GUEH SETUJU.GAMBIT NI UDAH2 LA.CUBE MENEGAKKAN BENANG YG BASAH..MENOLAK KEBENARAN..

risa on June 8, 2011 at 9:48 AM said...

alahaiiii...gambit gambit..tak habis2 aihhhh
haramkan je lah video tu abis citer..ish ish ish

Akunyer on June 8, 2011 at 9:53 AM said...

alasan untuk pasaran luar tu tak leh diterima pakai la... tak sensitif langsung dengan adat budaya dan agama...

jemput singgah

Yes, I'm a lady driver..so what?

msredcheesecake on June 8, 2011 at 10:06 AM said...

CIK LULU,
NAK BAWAK KARYA KITA KELUAR BIARLAH TAK MEMALIKAN NEGARA...TIMBUL PULAK SANGKAAN BAHAWA MALAYSIAN SUMER NYE GITU...

Nadia on June 8, 2011 at 10:33 AM said...

padan muka gambit..wa wa wa..:)

Liza @ Adzriel AB on June 8, 2011 at 11:21 AM said...

ooo... kalau pasaran luar boleh langgar je lah..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!