Di mana-mana pun, belalang biasanya dikenali sebagai serangga perosak yang merugikan petani kerana memakan segala jenis tanaman. Memang wajar petani menganggapnya sebagai musuh besar, selain serangan ulat.
Namun, siapa sangka, belalang yang selama ini menjadi ancaman petani boleh menjadi makanan istimewa di daerah Gunung Kidul, wilayah Yogyakarta.
Bahkan, kebanyakan orang menggambarkan serangga jenis belalang kayu itu sebagai 'udang terbang' kerana rasanya seperti udang.
Seorang penduduk di Desa Mijahan, Daerah Semanu, Barjo, 58, merupakan antara pemburu belalang yang setiap hari menjual belalang di Jalan Semanu-Wonosari.
Setiap pagi hingga menjelang tengah hari, beliau bersama pemburu belalang lain akan mencari belalang di ladang milik penduduk.
Dalam tempoh sejam, antara 400 sampai 500 ekor belalang boleh ditangkap.
Setelah ditangkap, belalang-belalang itu dibersihkan sebelum dicucuk pada lidi dan dijaja di tepi jalan.
Harganya boleh mencecah Rp 400 (14 sen) seekor menjadikannya sajian tersendiri di wilayah berbukit-bukau ini.
"Oleh kerana sekarang ini bukan musim belalang, maka harganya boleh mencapai Rp400 seekor.
"Tetapi kalau dalam musim, harganya tak lebih daripada Rp 150 rupiah (5 sen) seekor. Bahkan belalang dari Pacitan, Jawa Timur, juga dijual di pasar di Gunung Kidul dalam timbangan kilogram dan bukan ekor," kata Barjo kepada Kompas.com
Di sepanjang Jalan Semanu-Wonosari, sejumlah warung makan biasa menyajikan menu belalang goreng.
Satu daripadanya warung milik Sukini, yang mampu menjual tidak kurang daripada dua kilogram belalang goreng setiap hari.
Seorang peminat 'udang terbang', Yuwono, 35, yang ditemui sedang menikmati hidangan belalang goreng di warung milik Sukini mengaku, selain rapuh, rasa belalang juga seperti udang yang digoreng.
"Bukan sedikit warga dari luar Gunung Kidul membeli 'udang terbang' ini sebagai makanan istimewa dari sini," kata Yuwono.
.
7 Penyokong CHELSEA:
makan belalang?? ayarkkk..
:)
jangan percayakan siapa-siapa pun!
wah sedap kalau goreng ni..hikhik
belalang mmg leh mkn, kt kelantan lau musim padi leh jual lgi..msa kecik dlu suka sgt tgkap belalang kt bendang, wat serunding..sedap tau
http://www.my-shopping2u.com/2011/06/pompuan-bawak-laki-masuk-bilik.html
alamak....
ak biase la makan belalang ni...
lagi2 yg kat sawah padi...
sedap...
rase macam udang... hehe
belalang..pak belalang ....wuu...x penah makan...
yess belalang kunyit kegemaran saya,.. dulu2 kat kampung selalu tangkap belalang kunyit, pastu cabut kaki belakang dia, cabut kepala, pastu goreng kunyit, nak sedap lagi wat sambal tumis, rasa nye sangat manis,.. bahagian sayap nye rangup,. perut plak lemak2 manis,..
Post a Comment