Tuesday, June 28, 2011

Urusniaga dalam talian memang tak boleh percaya?


AKIBAT terlalu percaya dengan urus niaga dalam talian di Internet, seorang pemuda berputih mata apabila bayaran sebanyak RM3,700 yang dibuat bagi membeli telefon bimbit melalui urus niaga berkenaan lesap.
Malah disebabkan sikap tidak berhati-hatinya, dia juga terpaksa membayar RM600 kepada tiga rakannya yang menempah telefon berkenaan melaluinya.
Menurut Tonoh Seesaw, 26, dia amat tertarik apabila melihat iklan dalam talian Alibaba.com yang menawarkan telefon Samsung Galaxy Tab dengan harga RM600.

Teruja dengan iklan tersebut, katanya, dia turut mempromosikan kepada rakan-rakannya mengenai produk yang ditawarkan dengan harga yang murah itu.
Seterusnya tanpa melakukan pemeriksaan terperinci, Tonoh berkata, dia terus menelefon nombor telefon yang tertera dalam laman web urus niaga itu bagi memesan lima unit telefon Samsung Galaxy Tab dan satu iPhone4.

"Namun selepas saya memasukkan duit sebanyak RM3,700 ke dalam akaun itu, saya terkejut kerana diminta membayar baki RM5,800 dengan alasan invois yang saya terima ialah untuk pembelian 12 unit telefon dengan harga RM9,500.

''Setelah berasa ditipu saya telah menelefon nombor berkenaan tetapi tidak dapat dihubungi dan apabila saya membuat aduan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), saya mendapati syarikat berkenaan iaitu Techcomes Limited tiada dalam pendaftaran SSM,'' katanya.
Justeru, ujar Tonoh, dia telah membuat laporan polis dan membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Presiden TTPM, Pretam Singh Darshan yang mendengar tuntutannya baru-baru ini berkata, pihaknya tidak dapat membuat apa-apa tindakan memandangkan syarikat yang didakwa itu tidak didaftarkan di negara ini.
Justeru katanya, beliau telah meminta pengadu supaya memfailkan semula tuntutan terhadap penerima wang melalui nama pemilik akaun.
''Saya tidak boleh membuat apa-apa tindakan sekiranya syarikat tidak wujud dan saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melakukan urus niaga dalam talian,'' ujarnya.





P/S - Tolonglah baca ni...huhu [Klik]



.

6 Penyokong CHELSEA:

Efa Nur on June 28, 2011 at 11:08 AM said...

uiitt...bahaya nye kes camnie..huhu
kena sentiasa laa berhati2..
kena jadikan pengajaran nie..

Jom Terjah Sini :)

risa on June 28, 2011 at 11:27 AM said...

aiyohhhhhhhhhhh barang mahal2 jgn beli online le..setakat puluh2 tu ok je lagikkkk
haishhhhh kan dah susah..lagipon tak logik le rega tu..nampak benau menipu

Unknown on June 28, 2011 at 11:27 AM said...

adoi..dah la suka bli on9 ni..bahaya..bahaya...

Syafie Abdullah on June 28, 2011 at 11:32 AM said...

Urusniaga dlm talian ada yg boleh dipercayai dan ada yg tidak.Cuma kita kena berhati-hati ketika berurusan dgn org mcm ni.Utk.urusan jual beli secara online kena pastikan maklumat peribadinya lengkap,cthnya.nama,alamat kedai gambar kedai,dan yg penting sekali jgn mudah terpengaruh dgn harga yg murah.Biasanya mangsa byk tertipu dgn urusniaga secara online apabila berurusan jurujual individu,bukan melalui syarikat atau wakil syarikat yg sah.Jadi utk mengelakkan perkara ini terjadi,pastikan berurus niaga secara online dgn.syarikat yg sudah dikenali,sekiranya anda ingin berurusan juga dgn.jurujual individu pastikan anda dtg ambil sendiri barang yg anda pesan dan kalau bole bwk kwn buat stanby utk keselamatan.

http://orderbookonline.blogspot.com/2011/06/buku-bimbingan-rohani-4.html

aizamia3 on June 28, 2011 at 11:46 AM said...

jangan mudah terpengaruh.. sebelum teringin nak membelinya check dulu dari mana sumber sahihnya agar tak tertipu..
kalau tak sanggup kena tipu, rajinkan diri pergi beli kat kedai terus..

zahidah seran on June 29, 2011 at 12:15 AM said...

hish tak berani beli barang2 camtu online. kalo takat baju ke tudung ke, ok lagik. sebab amount tak besar sangat kot,

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!