Seorang warga emas berusia 110 tahun dari Kampung Gong Halt, di sini hanya mengamalkan membaca empat surah lazim sebagai rahsia umur panjang dan kesihatan yang baik.
Isa Dollah memberitahu, dia tidak mempunyai petua atau rahsia lain selain mengamalkan bacaan surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas yang diamalkannya sejak muda hingga kini.
Dia juga tidak ada pantang dalam pemakanan sebaliknya menikmati semua jenis makanan yang digemarinya.
"Saya bersyukur kerana Allah memberikan saya usia panjang untuk terus melaksanakan ibadat.
"Saya tidak ada rahsia atau petua melainkan yakin dengan kelebihan yang dianugerahi Allah dalam surah al-Fatihah itu yang merupakan ibu kepada al-Quran," katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita dalam majlis ziarah Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang melawat dan menyampaikan hamper serta sumbangan kepada warga emas, pesakit kronik dan orang kelainan upaya (OKU) di sini, hari ini.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar; Pegawai Penerangan Daerah Temerloh, Hamdzah Osman dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Samrah Hassan.
Isa yang mempunyai lima anak berkata, setiap kali selepas solat, dia akan membaca surah-surah itu dan menjadikannya zikir sepanjang hari.
Selain surah-surah itu, dia juga menggalakkan umat Islam membaca al-Quran setiap hari dan memohon kepada Allah kesihatan, kemurahan rezeki dan usia yang panjang.
"Saya bersyukur kerana dalam usia sebegini saya mampu melihat cucu-cucu saya membesar di depan mata. Walaupun saya sudah tidak berdaya untuk berkerja keras seperti zaman muda namun saya bersyukur dengan rezeki dan anugerah Allah kepada diri saya.
"Ini bermakna saya merupakan insan paling tua di kampung ini," katanya sambil bergurau dan tersenyum lebar.
.
1 Penyokong CHELSEA:
kene start amalkan ni...
Post a Comment