Monday, June 20, 2011

Waris dua bayi dicari


Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak mencari waris dua orang bayi, seorang lelaki dan seorang perempuan yang kini dirawat di Wad Kecemasan Kanak-kanak (NICU) di Hospital Selayang dekat sini.

Bayi lelaki bernama Mohamad Ikram dilahirkan pada 28 Januari lalu di hospital itu, manakala bayi perempuan yang diberi nama Hana Sofiah berusia 51 hari, ditemui oleh pengawal keselamatan di tangga Pangsapuri Puncak Alam, Kepong, tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
Ibu kandung bayi lelaki terbabit seorang warga Indonesia bernama Norhayati melarikan diri, meninggalkan bayinya dipercayai kerana tidak mampu menjelaskan bil hospital.

Sehubungan itu, ibu kandung atau waris kedua-dua bayi diminta menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak sebelum dibawa ke Mahkamah Kanak-Kanak bagi mendapatkan perintah tetap minggu depan. Ibu kandung atau waris boleh menghubungi Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak, Mat Ariffin Razak di talian 03-6185 3931 atau 03-6185 7931.




.

1 Penyokong CHELSEA:

FarrahNadia on June 20, 2011 at 10:10 AM said...

ape nak jadikk tw ! . cyan bayi uh :(

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!