Friday, July 1, 2011

Akan berwarna merah

Mulai Jumaat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan Sijil Kelahiran berwarna Merah bagi kanak-kanak yang bertaraf bukan warganegara.

Menurut kenyataan JPN di sini Jumaat, sebelum ini warna sijil kelahiran kanak-kanak warganegara dan bukan warganegara adalah sama iaitu hijau.
Perbezaan warna itu adalah untuk memaklumkan bahawa sijil kelahiran berwarna hijau hanya dikeluarkan kepada kanak-kanak yang bertaraf warganegara Malaysia sementara sijil kelahiran berwarna merah untuk kanak-kanak bukan warganegara.

"Ia juga untuk mengelakkan ibu bapa atau warga asing yang melahirkan anak di negara ini beranggapan bahawa dengan memiliki sijil kelahiran Malaysia, anak-anak mereka adalah secara automatik menjadi warganegara," kata kenyataan itu.

Selain itu ia bertujuan memberi makluman awal kepada ibu bapa akan status kewarganegaraan anak yang dilahirkan; mengelakkan sebarang kekeliruan kepada orang ramai dalam mengenalpasti taraf kewarganegaraan seseorang kanak-kanak; dan memudahkan agensi-agensi lain untuk mengenalpasti taraf kewarganegaraan seseorang kanak-kanak apabila berurusan.

Bagi kanak-kanak bertaraf bukan warganegara yang telah memiliki sijil kelahiran yang berwarna hijau sebelum ini, ia dikekalkan dan hanya berubah apabila pemohon membuat Cabutan Sijil Kelahiran di mana-mana pejabat JPN berhampiran.




P/S - 1st time baca berita ni, terbayang gak macam mana warna merahlah sijil tu nanti yer? nape tak pink ke, biru ke...?



.

4 Penyokong CHELSEA:

Niena Muhammad on July 1, 2011 at 7:54 PM said...

mmg wajar dilakukan

kte ringan2 je
http://www.my-shopping2u.com/2011/07/kita-ringan-ringan-je-sayang.html

Nini D.. on July 1, 2011 at 8:44 PM said...

hahahha

Ce'gu JAERA on July 1, 2011 at 10:16 PM said...

hehehe... nak juga warna biru ye.. mentang2 lah fan chelsea.. suma nak dibirukan.. ekeke..
biarlah warna merah.. Pengarah JPN kan peminat2 emYu.. hehehe (",)

Lulu Caldina on July 1, 2011 at 10:27 PM said...

@Gen2Merah mana tau ni??? sesama tgk bola eh :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!