Sunday, July 17, 2011

Akhirnya dia milik orang..


Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, KLCC, di sini, malam Sabtu.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Nurul iaitu Mohd Zin dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak.
Pihak TV3 dalam satu kenyataan ringkasnya yang diedarkan di sini, Ahad memberitahu, pihak perempuan menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.


“Hanya sekali lafaz, Nurul sah menjadi isteri kepada Raja Amir,” kata kenyataan itu.
Sementara itu majlis yangbertemakan “Moroccan” itu mendapat sentuhan Khalid & Favor By Eddy sebagai perunding perkahwinan manakala pakaian nikah adalah rekaan Datuk Radzuan Radziwill
Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media sebaliknya hanya untuk keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.


Majlis resepsi kedua-dua pengantin akan berlangsung pada 23 Julai depan bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.



.

7 Penyokong CHELSEA:

PinKy MoMMa on July 17, 2011 at 5:30 PM said...

tahniah utk pasangan ini :)

asyifamustaffa on July 17, 2011 at 5:32 PM said...

da kawin dah dia....x dgr apa2 gosip pun...^^

Mek Onie on July 17, 2011 at 5:32 PM said...

ala-ala islamic gitu pelamin dia kan :D

monalea on July 17, 2011 at 5:52 PM said...

cantiknya.. nurul syuhada nurul ain ni.

shida on July 17, 2011 at 8:36 PM said...

Alhamdulillah..
tahniah kpd mereka...semoga berkekalan hingga akhir hayat

MARIA LIZA on July 17, 2011 at 8:50 PM said...

alhamdulillah..akhirnya ku ketemu cinta...

amirulhaizad on July 18, 2011 at 8:43 AM said...

aargh..daku frust tertonggeng nih

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!