Sunday, July 17, 2011

Diarah bayar AS$4.9j


Mahkamah California semalam memerintahkan adik lelaki bongsu pewaris rangkaian Hotel Hilton, Paris Hilton membayar sebanyak AS$4.9 juta (RM14.74 juta) kepada atendan stesen minyak kerana melanggarnya ketika memandu dalam keadaan mabuk.

Menurut pihak berkuasa, Barron Hilton melanggar Fernando Mendoza Tellez yang merupakan pekerja di sebuah stesyen minyak di Malibu, pada Februari 2008.

Barron yang berusia 18 tahun ketika kejadian, memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol.
Hasil siasatan juga menunjukkan Barron memandu sekitar Malibu menaiki kereta Mercedes-Benz miliknya dan terlibat dalam kemalangan bersama kenderaan lain sebelum melanggar Tellez pada hari kejadian.
Mengikut undang-undang, Hilton perlu membayar jumlah tersebut sebagai ganti rugi bagi perbelanjaan perubatan, kesakitan, penderitaan dan kehilangan pendapatan akibat kemalangan itu.



.

1 Penyokong CHELSEA:

Nadzirah Kamarazaman ( NK ) on July 17, 2011 at 3:28 PM said...

die kaya...xpe..
bg die,duit tu sikit je...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!