Friday, July 29, 2011

Benayoun dakwa dicemuh perkauman di Malaysia


Chelsea mengemukakan aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung cemuhan berbaur perkauman terhadap pemainnya, Yossi Benayoun, minggu lalu.

Pemain antarabangsa Israel itu diejek ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Pilihan Malaysia di Kuala Lumpur.
Chelsea tidak bertindak serta merta kerana tidak pasti apakah punca di sebalik herdikan itu.
Namun mereka memutuskan untuk bertindak selepas memahami insiden tempoh hari daripada para peminatnya yang berpangkalan di Malaysia.

Satu kenyataan kelab menyebut: "Kami mengesahkan bahawa satu aduan rasmi telah diajukan kepada FAM berhubung layanan terhadap Yossi Benayoun semasa perlawanan menentang Pilihan Malaysia, Khamis lalu.
"Di sebalik kebanyakan peminat menjaga tingkah laku mereka pada malam tersebut, kami percaya Yossi menjadi mangsa ejekan anti-semitik daripada sebilangan peminat perlawanan tersebut.

"Kelakuan seumpama itu menyinggung, tidak boleh diterima sama sekali dan tidak sepatutnya berlaku dalam bola sepak.
"Kelab tidak mengambil tindakan pada masa itu kerana pada awalnya ia tidak jelas apakah herdikan yang diterima Yossi, kerana beberapa pemain dari kedua-dua pasukan juga menerima layanan serupa, ada kalanya lebih kuat dan panjang.

"Namun, selepas mengambil masa meneliti isu ini sepenuhnya, kami merasakan aduan rasmi adalah perlu.
"Secara keseluruhannya, kedatangan kami ke Malaysia memberikan pengalaman sangat positif untuk pasukan dalam siri jelajah pra musim.
"Malangnya, kelakuan segelintir penyokong juga menjadi sebahagian memori yang terpahat dalam kedatangan kami kali ini."



.

1 Penyokong CHELSEA:

Amoi Ima on July 29, 2011 at 2:53 PM said...

haish. ape la ke bangang org yg racist ni.
memalukan negara. come one la..dunia ni bukn tuk kita sorg je.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!