Hutan Lipur Ulu Bendul bukanlah lokasi asing kepada penduduk di negeri ini kerana ia terkenal dengan pelbagai spesies tumbuhan mahupun hidupan.
Dengan menjadikan dua elemen itu sebagai daya penarik, ditambah pula dengan air terjun, maka tidak hairanlah kawasan ini sering menjadi destinasi orang ramai untuk bercuti.
Jika sebelum ini hanya tumbuhan sahaja menjadi penunggu setia para pengunjung, kini ular sawa bakal 'menjalar' di lokasi ini dengan ular sawa jenis anaconda bakal menjadi daya penarik utama.
Melihat akan potensi lokasi itu menjadi sebagai pusat ekopelancongan, kewujudan Taman Ular Sawa di Ulu Bendul itu merupakan satu lagi aset pelancongan di negeri ini.
Taman Ular yang mula dibuka sejak Oktober itu bertujuan untuk memelihara semula reptilia berkenaan yang mana ia perlu dilindungi selain memperkenalkan spesies itu kepada umum.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kawasan yang dipilih ini mempunyai dirian hutan yang terdiri daripada kayu jaras, pokok kecil dan pokok besar serta terdapat sungai yang mengalir sekali gus menggambarkan suasana semula jadi hutan lipur itu.
Jelasnya, melihat kepada keadaan sekeliling, taman ini sesuai dan berupaya untuk mengumpul dan memelihara haiwan reptilia ini dari seluruh dunia secara in-situ dan ex-situ untuk pemerhatian umum di samping memberi kesedaran supaya spesies itu tidak pupus.
''Kita melihat kewujudan Taman Ular Sawa Ulu Bendul ini akan menjadikan lokasi ini sebagai kawasan ekopelancongan terkemuka dan popular di negeri ini yang mana orang ramai boleh datang untuk melihat sendiri spesies ular anaconda secara dekat.
''Apa yang saya dimaklumkan, taman ini mempunyai 42 ekor ular terdiri daripada 11 spesies," kata Mohamad pada lawatannya di Taman Ular Sawa Ulu Bendul di sini baru-baru ini.
Mohamad juga memberitahu, Taman Ular ini juga bakal menjadi salah satu lokasi penyelidikan bagi para saintis untuk menyelidik secara dekat mengenai keunikan reptilia berkenaan.
Tambah beliau, antara daya tarikan terbaru di taman ini ialah ular sawa batik yang mempunyai berat 90 kilogram dan panjangnya lebih enam meter.
''Malah kita juga memiliki ular jenis Green Anaconda yang mana ia telah melahirkan sebanyak 17 ekor ekor. Ular ini juga mempunyai berat lebih kurang 20 kilogram dan panjangnya hampir empat meter.
''Dengan pengalaman sebelum ini, saya percaya bahawa lokasi ini berupaya untuk menjadi salah satu pusat pelancongan terkemuka bukan sekadar untuk berekreasi semata-mata malah ia mampu menjadi tempat tumpuan orang ramai yang meminati ular sawa anaconda ini," katanya.
.
4 Penyokong CHELSEA:
ish,ular anaconda kat ulu bendul tu,hu3 takut lah nak mandi kat situ,hi3 baik pegi jeram toi je
Eeeei!! Sis geli dengan Ular huhuhuu
Wah!!! dah tukar background...cantik hihihihi
alhamdulillah... syukurlah ada tempat2 eksotik macam tu.. sebelum ni kita hanya melihat haiwan2 sebegitu dalam national geoghrafic luar negara.. kini negara kita sendiri pun sudah meneydiakan tempat macam tu untuk kita saksikan sendiri di hadapan mata kita.. Malaysia, terbaekk..
Post a Comment