Wednesday, July 27, 2011

Buaya berusia 70 juta tahun dikenal pasti


Sejenis spesies buaya berusia 70 juta tahun bergigi besar dan mempunyai kepala seperti anjing telah dikenalpasti di sebuah pekan kecil di Brazil.
Fosil Pissarrachampsa sera yang dipercayai saintis memakan dinosaur, ditemui di dalam mendapan batu kapur di Minas Gerais oleh pekerja perbandaran.

Ketua penyelidikan, Hans Larsson dari Universiti McGill, Quebeck berkata, buaya darat yang mempunyai kepala pelik itu mendedahkan banyak tentang buaya baka Baurusuchia yang telah pupus itu.
"Buaya amfibia zaman moden mempunyai kepala yang rendah dan leper.
"Penemuan terbaru ini memberikan kita maklumat yang lebih mendalam tentang anatomi kepala baka kumpulan Baurusuchia yang pelik dan telah pupus itu," katanya.

Tambah Larsson, berdasarkan kajian mereka, ekologi baka spesies buaya tersebut berkemungkinan sama seperti anjing liar zaman sekarang.
Berdasarkan bilangan dan saiz gigi yang ditemui, pasukan penyelidik percayai buaya karnivor itu memakan haiwan bersaiz sepertinya antara 15 kaki hingga 20 kaki - dinosaur dan buaya-buaya lain.

Mereka dipercayai mempunyai penglihatan stereoskopik yang mampu mengesan mangsa dan tidak berebut seperti buaya hari ini.





.

2 Penyokong CHELSEA:

AdinLala on July 27, 2011 at 6:51 PM said...

Arrgghhhh seram niee ! hehehe.. Mitos je kut?

Salam Blogger !

Singgah entri Adin untuk letak banner blog anda secara percuma !

http://adinbeetles.blogspot.com/2011/07/jom-letak-banner-blog-secara-percuma.html

Kancil 8349 on July 27, 2011 at 9:54 PM said...

rupanya ada juga buaya darat nie...tapi zaman dululah...hehehe...dah tu dianggap macam anjing liar...kalau hidup pada zaman nie macam mana tu?

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!