Tuesday, July 12, 2011

Cedera ketika padam kebakaran


Dua anggota Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh cedera setelah disambar api berpunca daripada letupan kecil ketika memadam kebakaran sebuah kilang perabot di kawasan perindustrian Bukit Rambai, di sini malam tadi.
Ketika kejadian pukul 9.30 malam itu, kedua-duanya iaitu Amran Kassim, 36, dan Sabri Ahmad, 40, sedang bertungkus lumus memadamkan api bersama 27 anggota Bomba dan Penyelamat lain.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Zainudin Md Alip berkata, berikutan itu, mereka diberi rawatan pesakit luar di Hospital Melaka (HM).
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Abdul Razak Manap berkata, kebakaran pertama melibatkan kilang yang sama berlaku pukul 12.45 tengah malam, semalam.

Menurutnya, dalam kejadian itu, kebakaran dipercayai bermula pada bahagian operasi kilang tersebut, namun berjaya dikawal kira-kira pukul 4 pagi.

"Bagaimanapun, pukul 9.29 malam tadi, kami nampak cahaya yang terang sebelum menyedari ia adalah kebakaran kilang sama, tetapi lokasinya agak jauh sedikit iaitu kira-kira 500 meter dari tempat kejadian pertama," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kata beliau, sebanyak lima jentera dari Balai Bomba Alor Gajah, Masjid Tanah, Tangga Batu, Ayer Keroh dan Jalan Kubu dikejarkan ke kilang berkenaan bagi memadam kebakaran tersebut dan mengelak daripada merebak ke kilang bersebelahan.

Menurutnya, api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit dengan kekuatan anggota seramai 30 orang.
Ujarnya, nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM2 juta dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihaknya.
Menurut pemilik kilang terlibat, Datuk Peter Sow, kebakaran kali kedua itu membabitkan gudang menyimpan bahan membuat perabot dan kerugian dianggarkan berjumlah RM3 juta.




.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on July 12, 2011 at 5:10 PM said...

syabas buat anggota bomba dan penyelamat kita... pengorbanan mereka seharusnya kita hargai sebaik mungkin..

kesian anggota bomba di Amerika yang diperalatkan ketika serangan 9/11 lalu.. ramai yang mati angkara permainan Yahudi

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!