Awal pagi ni terasa nak post kan entri ni sebagai entri pertama...
Kemelut rumah tangga jimmy shanley dan isterinya nampaknya masih lagi berlarutan..
Dan nampaknya kian memburuk...
Bagi Suhaila yang baharu 34 hari bersalin menjelaskan dia sudah melantik peguam untuk membuat tuntutan hak penjagaan anak.
"Buat masa sekarang anak dengan saya. Dan saya juga telah melantik peguam untuk menyelesaikan hak penjagaan anak dan saya mahu membuat tuntutan cerai dengannya. Saya nekad untuk bercerai kerana beranggapan kami sudah tidak bersefahaman," kata Suhaila ketika ditanya berkenaan kedudukan anaknya kini.
Ditanya pula tidakkah dia takut yang selepas ini Jimmy pula akan membongkar semua kisah peribadinya, kata Suhaila; "Saya tidak takut kalau ada perkara-perkara yang dia bongkar. Saya tidak kisah apa yang dia akan lakukan dan apa yang akan berlaku sekali pun."
Jimmy Panas Baran
Ditanyakan kebenaran sejauh mana Jimmy mengasarinya, cerita Suhaila; "Semasa kami berbulan madu di Koh Samui, Thailand, baharulah saya tahu yang dia seorang panas baran. Memang tidak sangka yang dia boleh 'naik tangan'. Tapi, ketika itu saya diamkan sahaja dan tidak memberitahu kepada ibu bapa. Saya tidak mahu mereka campur tangan."
Mungkinkah apa yang dilakukan Jimmy adalah untuk mengubah sikapnya, kata Suhaila lagi; "Jika betul sekali pun mahu ubah saya, tidak perlu sebegitu pantas. Saya boleh berubah, tapi berilah masa dan biarlah saya lakukan secara perlahan-lahan. Adalah mustahil untuk berubah terus."
Kongkong
Berkongsi perihal dia dikongkong oleh Jimmy dengan tidak membenarkannya berjumpa dengan kawan-kawan, menurut Suhaila dia terpaksa menurut semua cakap Jimmy.
"Saya memang tidak ada kawan luar, kawan-kawan yang saya ada pun semuanya kawan semasa di sekolah dahulu. Dia memang tidak benarkan saya keluar rumah, malah semua kena ikut cakap dia.
"Padanya, dia lebih sukakan suasana 'privacy' yang tidak perlu bercampur dengan orang ramai. Tidak bagi saya yang lebih sukakan suasana ramai, seperti malam ini. Dia mahu saya ikut cara dia, tetapi kenapa dia tidak mahu terima cara saya dengan keluarga yang sememangnya riuh," jelas Suhaila lagi.
Bapa Mentua Tak Maafkan Jimmy
Kenyataan Jimmy Shanley berhubung pembatalan majlis cukur jambul anak perempuannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan terbitan Ahad lalu (24 Julai) menimbulkan kemarahan bapa dan ibu mentuanya.
"Jujurnya, saya tidak maafkan dia berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Nama saya tercemar
sehinggakan saya jadi malu dengan kawan-kawan yang bertanyakan kesahihan sama ada majlis cukur jambul cucu saya jadi atau tidak.
"Bila ramai yang bertanya, saya jadi terkejut kerana majlis yang dirancang akan dilaksanakan dan dia sendiri tahu majlis ini akan dibuat pada 27 Julai.
"Bila itu terjadi, saya jadi sangat marah dengan tindakannya. Pada saya, jadi atau tidak majlis tersebut tidak perlu keluarkan kenyataan. Bukannya kita jemput satu stadium. Apa motif dia untuk keluarkan kenyataan sedemikian. Ini adalah majlis saya," luah Datuk Suhaimi yang ditemui seusai majlis cukur jambul dua orang cucunya pada malam semalam.
Bagi ibu mentuanya yang dianggap sebagai orang yang paling rapat dengan Jimmy menjelaskan; "Memang Jimmy merancang untuk mengadakannya pada 23 Julai lalu. Tetapi, suami saya beritahu yang dia tidak boleh kerana ada mesyuarat dengan stokis. Justeru, Jimmy sendiri yang berikan tarikh 27 Julai kerana dia kata hanya hari Rabu dan Khamis sahaja dia 'free'.
"Agak terkejut bila dia cakap majlis ini tidak jadi. Itu yang saya dan suami marah sangat. Apabila saya hubungi dan bertanyakan hal berkenaan kepdanya, dia tidak jawab pun. Kalau dia cakap dia tidak tahu menahu soal majlis ini, dia tipu. Malah, sebelum majlis ini berlangsung pada sebelah petangnya saya ada ingatkannya."
Kecewa Sikap Jimmy
Ditanyakan pula berhubung dakwaan anak perempuannya yang dikasari Jimmy, Datin Muniroh menjawab; "Memang sebelum ini saya sebelahi dia, tetapi bila saya dapat tahu yang dia bertindak sedemikian, saya rasa sangat kecewa. Sebelum ini, saya hanya diamkan sahaja kerana ingat anak saya yang bersalah sehingga sanggup memarahi anak sendiri kerana percayakan dia.
"Sehinggalah sidang media yang dilakukan anak saya, baharulah saya mengetahui hal sebenar. Anak saya memang tidak pernah ceritakan kepada kami apa yang berlaku. Cukup banyak yang saya lakukan untuknya, tapi dia balas seperti itu pula."
Terlebih dahulu, majlis cukur jambul yang diadakan di rumahnya di Bukit Sunway Rahman Putra, Sg. Buloh itu dihadiri hampir 200 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara, rakan-rakan dan stokis. Acara marhaban disampaikan oleh kumpulan Marhaban Nur dari Bandar Baru Sg. Buloh.
P/S - Apa pun masalahnya, Zahrah masih ada ayah... Sepatutnya majlis ini ayahnya yang uruskan.. Mungkin rumahtangga mereka memang tidak dapat diteruskan lagi.. Semakin Jimmy bertahan, masalah akan semakin teruk dan nama baiknya selama ni akan tercemar..Ibu bapa suhaila sibuk jer nak uruskan rumah tangga anaknya.. Huhu...semoga segala-galanya akan selesai dengan cara yang baik, dan zahrah tidak menjadi mangsa..
Berita terdahulu ~baca~
.
8 Penyokong CHELSEA:
siannye baby tu kan......
betul tu lulu..sila pandang masa depan anak kecil itu..ego sila letak tepi..
manusia tak pernah lepas dari lakukan kesalahan..
apa kata duduk berbincang..masing2 tak boleh berkeras sgt..
doakan yg terbaik utk mereka..sbb mereka lebih tau citer sebenar..
semoga pergolakan rumahtangga jimmy dgn isterinya tidak berlanjutan...dan selesaikan dengan baik bukannya tuduh menuduh antara satu sama lain.
akak pun rasa mcm tu.. lagi lama jimmy bertahan.. lagi byk cerita yg keluar..
x hbs lg kes si jimmy nie... alahai...
cam jimmy ade masalah mental je kan ...
klu aku pun aku marah klu org pukul2 anak aku ... br je kawen dah brani naik tgn ...
pening la..skang ni nampak macam jimmy je yang salah...dulu nampak si suhaila ni yang salah..
Rasa-rasanya diorang ni dah kena santau lahh . takkan sebab tu je kot ? ye dak ?
Post a Comment