Thursday, July 28, 2011

Jururawat parah Kancil bertembung Proton Saga


Seorang jururawat Hospital Jeli parah apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya terbabas lalu bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga di Kilometer 42, Kampung Kepas di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, Roslina Mamat, 37, patah paha kanan, manakala pemandu Proton Saga, Aman Yusof, 30, turut cedera selepas tersepit dalam kenderaan yang remuk dan kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Machang untuk rawatan.
Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Malik Bedut ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Roslina dari arah Machang ke Kuala Krai terbabas ke bahagian kanan jalan sebelum bertembung dengan kereta dipandu Aman.
"Ketika kejadian hujan lebat menyebabkan jalan licin. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku dan mangsa hanya mengalami kecederaan," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Mohd. Fauzi Che Omar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.47 malam dan tiba di tempat kejadian kira-kira 11 minit kemudian.
"Sebaik sahaja tiba, kami dapati Roslina dan Aman tersepit di bahagian pemandu. Anggota bomba terpaksa menggunakan alat pemotong bagi mengeluarkan mangsa yang mengambil masa kira-kira 10 minit," katanya.




.

1 Penyokong CHELSEA:

SoLy SoLicious on July 28, 2011 at 11:10 AM said...

semoge mereka selamat.....~

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!