Thursday, July 7, 2011

Kebakaran: Bapa selamat tiga anak


Tindakan pantas seorang bapa yang terkejut daripada tidur nyenyak selepas terhidu bau hangit, berjaya menyelamatkan tiga anaknya berusia antara satu hingga empat tahun dalam kebakaran membabitkan rumah sewa mereka di Kampung Kota Kubang Labu dekat sini, semalam.

Ketika kejadian pukul 1.10 petang, lelaki itu, Mohd. Afendi Mohamad, 23, seorang peniaga, sedang tidur nyenyak dalam sebuah bilik bersama-sama tiga anaknya, Mohd. Haikal, 4; Mohd. Hakim, 2, dan Balqis, 1.
Isterinya, Haslinda Ramli, 22, pula keluar bekerja di sebuah kedai makan di Kota Bharu.
Menceritakan detik cemas itu, Mohd. Afendi, memberitahu, dia dikejutkan oleh bau hangit yang datang dari arah ruang dapur dan ternampak kepulan asap.

"Saya bingkas bangun dan terkejut apabila mendapati ruang hadapan rumah dipenuhi asap. Saya bergegas ke arah dapur dan mendapati dapur juga sudah terbakar.
"Walaupun panik, saya cuba memadamkan kebakaran tersebut namun gagal. Bimbang api yang semakin marak, saya terus menyelamatkan diri dan anak-anak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Menurut Mohd. Afendi, selepas memastikan anak-anaknya selamat, dia cuba masuk semula ke rumah untuk memadamkan kebakaran, namun gagal kerana api marak dengan cepat.
"Saya hanya mampu melihat dari jauh tanpa sempat berbuat apa-apa. Namun saya bersyukur kami anak-beranak selamat," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Ridzuan Harun ketika ditemui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.19 petang dan seramai 12 anggota serta tiga jentera telah dikerah ke lokasi.
"Sebaik sahaja sampai, hampir keseluruhan rumah yang dihuni oleh dua keluarga itu telah terbakar. Tidak ada kemalangan jiwa berlaku, kerugian dianggar sebanyak RM100,000 dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.




.

3 Penyokong CHELSEA:

Niena Muhammad on July 7, 2011 at 11:16 AM said...

erm... kesiannye, xdpt bygkan lau diri sndiri trkena

Ce'gu JAERA on July 7, 2011 at 12:52 PM said...

semoaga mereka akan sentiasa bersabar dengan dugaan...

Kancil 8349 on July 7, 2011 at 2:13 PM said...

syukur tiada nyawa yang melayang...apapun kesian kepada dorang...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!