Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu menyebabkan isteri malang itu mengalami bengkak di rahang dan bibir selain cedera di badan.
Difahamkan, mereka sering bertengkar dan setiap kali itu, wanita berkenaan akan menjadi mangsa tendangan dan pukulan suaminya yang dikatakan di bawah separuh sedar akibat pengambilan dadah.
Selain itu, anak perempuan tunggal mereka yang berusia dua tahun turut menjadi mangsa apabila dipukul dan dihempap ke atas katil sekiranya si suami mahu melepaskan geram.
Sumber polis berkata, pada hari kejadian, mangsa cuba menegur suaminya yang menyelinap masuk ke dalam bilik adik iparnya dan menyuruh lelaki itu masuk semula tidur di dalam biliknya.
“Teguran itu membuatkan suaminya naik berang lalu mereka bertengkar selama beberapa minit sebelum muka mangsa ditumbuk hingga lebam.
“Adik ipar mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan berkenaan tetapi gagal sebaliknya suami mangsa semakin ganas memukul mangsa,” katanya.
Sumber berkata, walaupun mangsa cuba merayu, namun ia tidak diendahkan.
“Sebaik puas memukul mangsa, suaminya bertindak keluar dari rumah. “Wanita itu yang kesakitan mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
P/S - Isteri yang dinikahi, wajar disayangi dan dilindungi.... Bukan sebaliknya.. meh beli karung tinju, meh..
.
8 Penyokong CHELSEA:
laki mcm ni eloknye dipotong tangan & kaki & kemaluannya...barule tak boleh memukul,menyepak perempuan..tak payah kawen lansung!
lelaki vangang macam ni la yang menyebabkan lelaki lain yg baik menerima tempias malu!
patut hukuman orang macam ni kene buat yang serupa kat dia baru tahu..
Uish....dahsat tol.
paling kesian pada si anak kecil itu.. :(
hahhaha.. sy suka pesanan yg last tuuu! hahahha.. i likeee~~ suami2 sila ambik perhatian yaaa!
hahhaha.. sy suka pesanan yg last tuuu! hahahha.. i likeee~~ suami2 sila ambik perhatian yaaa!
malangnya bila dapat suami baran macam ni.. minta dijauhkan hendaknya..
Lulu dah sihat ke?
menikahi pasangan utk disakiti itu haram hukumnya!
(pinjam dialof pilem "ketika cinta bertasbih")
klu gua, dah lama gua lempang balek laki nih! bawak naik bangunan tinggi tendang laju laju!
Post a Comment