Friday, July 15, 2011

Kereta rosak di bengkel


APAKAH perasaan anda jika kereta yang dihantar dalam keadaan yang sempurna untuk tujuan penyelenggaraan didakwa oleh pemilik pusat servis mengalami kerosakan enjin melibatkan kos hampir RM11,000.
Begitulah nasib yang menimpa isteri bekas pengacara rancangan 999 dan dramatis terkenal Omar Abdullah, Saadah Abu Bakar yang menuntut ganti rugi daripada sebuah bengkel yang beroperasi di Sunway Damansara Technology Park dekat sini.

Menurut Omar, isterinya telah menggunakan kereta Mercedes Compressor C180 sejak membelinya 10 tahun lalu dan menggunakan perkhidmatan penyelenggaraan dan membaik pulih di bengkel yang sama.
''Jika hendak diikutkan, saya dan isteri telah menjadi pelanggan setia pusat servis tersebut sejak bertahun-tahun lamanya kerana saya mengenali pemilik dan ibunya yang menjalankan perniagaan yang sama di Kedah.
''Bukan kereta isteri saya sahaja yang dihantar ke bengkel tersebut, saya juga menghantar kereta milik saya ke sana bagi tujuan sama,'' katanya selepas prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Bangunan MRCB di Shah Alam, Selangor semalam.
Omar berkata, beliau dan isteri mengambil keputusan membawa kes tersebut ke TTPM bagi mendapatkan keadilan kerana merasakan pihaknya teraniaya.

Katanya, beliau sebelum ini pernah dikenakan bayaran sebanyak RM12,000 bagi sebuah kereta lain miliknya oleh pusat servis yang sama.
''Saya tidak pernah mempersoalkan sama ada sesuatu kerosakan tulen atau tidak tetapi kali ini apabila kereta isteri saya yang masih boleh digunakan semasa dihantar ke pusat servis langsung tidak boleh bergerak hingga perlu top overhaul, saya mengesan ada sesuatu yang tidak kena.

''Oleh kerana tidak puas hati, saya membawa kereta saya keluar dari pusat servis tersebut dan menghantar ke pusat servis lain,'' katanya.
Pada prosiding semalam, pihak penentang tidak hadir dan tribunal tersebut memberi tempoh 14 hari untuk pihak penentang mencabar tuntutan pengadu.
Tuntutan yang dibuat adalah sebanyak RM16,816.60 meliputi tuntutan kos pembaikan dan ganti rugi kesusahan dan teladan.




.

3 Penyokong CHELSEA:

Kancil 8349 on July 15, 2011 at 12:03 PM said...

kes menipu menjadi2...lebih2 lagi kalau tahu dia tu artis@orang terkenal

Anonymous said...

hish cmner le diorg ni ye

Nini D.. on July 15, 2011 at 12:31 PM said...

penipu bengkel nih!!!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!