Wednesday, July 27, 2011

Lamanya siap..


Gembira bercampur sedih. Hanya itu yang mampu diluahkan pembeli rumah Taman Desa Mesra, Kampung Permatang Badak dekat ini, apabila projek yang terbengkalai lebih 20 tahun itu disambung semula pembinaan Jun lalu.
Gembira kerana penantian sekian lama kira-kira 22 pembeli rumah dijangka berakhir apabila projek terbengkalai itu dijadualkan siap pada Ogos tahun depan.
Sedih kerana ada di antara pembeli asalnya sudah meninggal dunia dan tidak sempat menduduki rumah diidamkan, manakala sesetengah lagi sudah pun bersara daripada perkhidmatan.
Sebanyak 252 unit rumah Projek Perumahan Taman Desa Mesra di Kampung Permatang Badak di sini, terbengkalai beberapa kali berpunca daripada kelemahan pengurusan pemajunya.

Rohani Ali, 56, balu kepada seorang pembeli rumah projek itu, Salleh Said yang meninggal dunia kira-kira lima tahun lalu terkilan dan sedih kerana arwah suaminya tidak sempat untuk menduduki rumah baru.
"Memang sedih kerana arwah sudah tiada tetapi pada masa sama tetap bersyukur kerana akhirnya saya diberitahu rumah dibeli akan siap tidak lama lagi.
"Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku dan berterima kasih kepada kerajaan kerana meneruskan projek yang terbengkalai,” katanya.
Ramli Bakar, 62, pula berkata beliau membeli rumah berkenaan pada 1985 ketika masih berkhidmat dengan FELDA.

"Seperti saya, kebanyakan rakan yang membeli rumah ini sudah pencen kerana projek ini terbengkalai sejak 1985 tetapi diteruskan semula pada tahun 1997 dan terbengkalai buat kali kedua setahun kemudian,” katanya.
Seorang lagi pembeli, Amat Nooh Mohd Yaacob, 51, berkata beliau antara percaya dan tidak percaya apabila dimaklumkan projek itu akan diteruskan semula.
"Saya beli rumah itu pada 1999, iaitu selepas projek itu 17 tahun itu terbengkalai dan selepas saya beli, ia terbengkalai lagi.

"Saya hanya sempat membayar pendahuluan RM2,000 dan terpaksa membatalkan pinjaman kerana tidak lama selepas itu, projek itu terbengkalai lagi," katanya.
Beliau bersyukur diberitahu ia akan diteruskan semula dan tawaran rumah itu pada harga asal.
Bagaimanapun, katanya, beliau agak rungsing bagi memikirkan bagaimana mahu menjelaskan pinjaman perumahan kerana sudah mencecah usia 50 tahun.

Sementara itu, tinjauan edisi Timur mendapati kerja pembinaan rancak dijalankan di Taman Desa Mesra.

Papan tanda projek itu dilaksanakan Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan menunjukkan projek itu bermula pada 15 Jun lalu dan dijangka siap pada 15 Ogos tahun depan.



P/S - Biasanya dalam kes begini, pembeli akan mendapat pampasan, berdasarkan kelewatan rumah disiapkan.. Kena tengok kontraklah kan, bila sepatutnya rumah tu disiapkan.. Tapi dalam hal ni, rumah tu lama sangat disiapkan.. Kalau dapat pampasan mesti banyak... Sebab ada kawan lulu, rumahnya lewat dalam 2 bulan jer disiapkan, woo dalam 2k juga dia dapat tau..



.

1 Penyokong CHELSEA:

Hanis Azla on July 27, 2011 at 2:42 PM said...

boleh dapat pampasan yer klu projek tertangguh mcm ni.. akak baru tahu ttg itu..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!