Wednesday, July 6, 2011

Maaf, saya tak dapat ke Bukit Jalil


PEMINAT tanah air yang ghairah menunggu kelibat kapten Liverpool, Steven Gerrard (atas) menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Julai ini boleh melupakan impian besar itu.

Semalam, pemain England berusia 31 tahun itu yang sepatutnya berlepas bersama pasukan Ahad ini mengesahkan dia terpaksa menarik diri daripada Jelajah EPL Asia 2011 untuk menyambung program pemulihan di Melwood selepas pembedahan akhir musim lalu.

“Saya minta maaf tidak dapat bersama peminat kami di Malaysia dan China,” kata Gerrard kepada laman web kelab (www.liverpoolfc.tv), semalam. “Saya sudah lama menunggu saat kunjungan ke Asia dan bertemu peminat setia secara lebih dekat.”
Sementara itu, pengurus pasukan, Kenny Dalglish turut menyuarakan rasa kecewa dengan perkembangan terbaru itu.

“Saya pasti peminat Liverpool di rantau ini akan terasa amat kecewa. Tapi kami juga percaya peminat sama akan menghargai kepentingan Steven untuk pulih segera bagi perlawanan EPL (Liga Perdana Inggeris) pertama menentang Sunderland, bulan depan.”

Liverpool akan menentang kelab Guangdong di China pada 13 Julai sebelum menentang pasukan Malaysia XI pada 16 Julai. Mereka juga akan berlatih di Singapura dalam kunjungan lapan hari ke Timur Jauh.




.

3 Penyokong CHELSEA:

Kancil 8349 on July 6, 2011 at 1:12 PM said...

Kecewanya peminat....sabarlah

zuwaidah on July 6, 2011 at 1:16 PM said...

tengok di Tv je lah...memang tak boleh ke stadium tgk football pun...tak reti!!!!

Anonymous said...

ala steven gerrard tak datang..ermmm...):

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!