JIKA ditakdirkan pernikahan yang dimeterai pada 1 Julai lalu diserikan dengan kehadiran cahaya mata dalam waktu terdekat ini, Mohammad Noh Salleh atau Noh, 27, dan isteri, Mizz Nina, 31, tidak menolak untuk menerima kehadiran orang baru dalam istana cinta mereka.
Sebaliknya khabar itu akan disambut dengan perasaan gembira kerana pasangan suami isteri itu tidak menolak anugerah yang diberikanNYA.
"Orang kahwin mesti nak anak. Bagi saya, kalau cepat dapat anak, itu lagi bagus. Tidak kira anak lelaki atau perempuan, janji sihat," kata Noh yang mengenakan pakaian rekaan Michel Ong pada majlis resepsi di Hotel Doubletree, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Pada majlis berkonsep budaya Jepun itu, para tetamu yang terdiri dihiburkan oleh kumpulan Sore daripada Indonesia.
Noh yang bakal mengadakan majlis resepsi di East Wood Golf Resort, Miri, Sarawak pada 15 Julai ini berkata, jika diizinkan Allah, dia ingin memiliki dua orang cahaya mata terlebih dahulu, sementara Nina atau Shazrina Azman, mahu tiga orang anak.
Pasangan yang bakal berbulan madu ke United Kingdom, Rome dan Maldives bermula 17 Julai sehingga 1 Ogos ini berkata, sejurus balik daripada percutian itu, masing-masing akan sibuk dengan jadual kerja yang telah diatur.
Tambah Noh lagi, menjelang Ramadan, dia dan kumpulan Hujan akan sibuk menjalani rakaman album keempat, sementara Nina pula dengan single terbarunya.
"Setakat ini saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan Hujan kerana memahami keadaan saya yang sibuk menguruskan majlis perkahwinan.
"Jadi, selepas balik dari berbulan madu, saya perlu meneruskan kerja yang tertangguh," ujar Noh.
Noh turut berkongsi kata-kata pesanan bapa mertuanya, Tan Sri Azman Hashim ketika majlis resepsi yang diadakan 3 Julai lalu di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Kata Noh, dia diamanahkan supaya menyayangi anak kesayangan Azman itu sehingga ke akhir hayatnya.
Pesanan itu, ujar Noh, diucapkan sendiri oleh bapa mertuanya itu.
Namun bagi Noh sendiri, dia diingatkan agar setia kepada isteri tercinta dan nasihat daripada bapa mertuanya itu amat menyentuh hatinya.
"Saya berjanji dalam hati akan menjaga, menyayangi, mencintai dan setia kepada Nina sepanjang hayat saya.
"Dia adalah ratu hidup saya dan tidak mungkin saya berubah. Keistimewaan yang ada pada dirinya membuatkan saya akan setia bersamanya. Insya-Allah," kata Noh.
.
10 Penyokong CHELSEA:
sama cantik sama padan harap2 rumahtangga mereka kekal ke akhir hayat...baru terserempak ngan couple ni kat Pavilion...
weeeeeeee...sangat suke mizz nina neh..memang humble sungguh...untung si noh kan kan kan
pstttt: cantik benor org kat header tu comel sangat2..hehehe
bagus la nak anak cepat kan? dia orang kan dah tua. kihkihkih :P
http://salwaismail.blogspot.com
suke tgok dyeorg !! ^_^
bagus la nak anak cepat. dia orang kan dah tua. kihkihkihkih :P
http://salwaismail.blogspot.com
anak adalah kurniaah rezeki daripada yang Maha Esa.. hargailah anak-anak kita sebaiknya...
wahhh..page da bru..hehe..
tahniah noh n miss nina
dpt ank cept pon alhamdulillah
tahniah mizz nina dah noh
lol,mizz nina dah 31.igtkan umor dlm lingkungan 20 je.
Post a Comment