Friday, July 1, 2011

Nasib baik ada jiran............


Empat lelaki yang memecah masuk sebuah rumah semasa ketiadaan penghuninya menerima padah apabila ditahan di Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru di sini semalam.
Kesemua suspek yang berusia lingkungan 30-an itu diberkas tidak sampai satu jam selepas melakukan jenayah itu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, siasatan mendapati suspek memecah masuk rumah berkenaan pada pukul 10 pagi.
“Jiran mangsa yang menyedari kejadian itu telah mencatatkan nombor pendaftaran kereta yang dinaiki suspek. Pemilik rumah yang bergegas pulang selepas dimaklumkan jirannya itu mendapati pintu utamanya telah terkopak.

“Mangsa kemudian menghubungi polis dan berdasarkan nombor pendaftaran yang diberi, polis mengesan suspek di kawasan berdekatan pada pukul 11 pagi lalu menahan mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.




.

4 Penyokong CHELSEA:

Nini D.. on July 1, 2011 at 8:27 AM said...

diaorg ni nak jadi apa..


btw..
nini dah tengok banner kat bawah tu..lulu dah ada buat yg lg baru ke?..

Lulu Caldina on July 1, 2011 at 8:38 AM said...

@Nini D.. yer ada.. nape nini?

Ujang9897 on July 1, 2011 at 9:00 AM said...

tu pentingnya rapat dgn jiran..=)

risa on July 1, 2011 at 9:25 AM said...

masih ada jiran yg perihatin kan..alhamdulillah

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!