Tindakan seorang pelajar perempuan berdiri di pintu bas sekolah dinaiki ketika perjalanan pulang ke rumahnya mengundang padah apabila terjatuh, menyebabkannya pengsan di Kuala Sungai Baru, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1 petang, Nuremi Syakila Hamadi, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, dekat sini, dikatakan kepenatan selepas menyertai acara larian di sekolahnya.
Rakannya, Nur Nadhirah Mohd Ramli, 15, berkata Nuremi Syakila berdiri di tangga bas dan terjatuh apabila terlepas genggamannya pada besi palang di tangga.
“Saya melihat dia tiba-tiba lemah ketika berdiri di tangga ketika bas bergerak laju. Ketika bas memperlahankan kenderaan kerana menurunkan pelajar, saya melihat dia terjatuh di tepi jalan.
“Saya dan rakan menjerit meminta pemandu berhenti,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang tinggal bersama keluarganya di Taman Kuala Permai, Kuala Linggi, didapati tidak sedarkan diri dengan kepalanya berdarah sebelum dikejarkan ke hospital dengan bantuan orang ramai.
Saksi kejadian, Roslina Md Nor, 33, berkata, dia bersama suami dan kakaknya melihat seorang pelajar perempuan terbaring di atas rumput tepi jalan sebelum membantu.
“Pada mulanya saya sangka dia terbabit dalam kemalangan kerana ada sebuah kereta remuk tidak jauh dari tempat kejadian dan terus meminta suami berhentikan kereta ke sebelah kiri jalan bagi membantu pelajar itu.
“Kebetulan ketika itu, seorang kakitangan Klinik Kesihatan Kuala Linggi yang melalui jalan itu mengarahkan kami menghantar mangsa ke klinik kesihatan Kuala Sungai Baru sebelum mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah,” katanya.
.
4 Penyokong CHELSEA:
kena pemantauan ni...
jom terjah..
CERITA YANG DICERITAKAN
masyaAllah...
tidak biasa berlari...tu yang lekas kepenatan...seperkara lagi, jarak larian untuk sekolah menengah 2.5 km...rasanya ndak jauh tu...apapun mungkin ada faktor lain...
naaa... terpaksa la 1Murid 1Sukan 1Malaysia ni jadi isu... Menteri d KPM sila jawab
Post a Comment