Wong Tew Meng, 63, dari Chukai, Terengganu, maut ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Muadzam Shah dekat sini selepas mengalami cedera parah di badan dan kepala.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Johari Jahaya berkata, dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang memandu treler tanpa muatan dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Kuantan.
"Bagaimanapun, mangsa dikejutkan dengan kehadiran seekor babi hutan dipercayai dari semak berhampiran yang tiba-tiba berada di atas jalan raya menyebabkan dia cuba memberhentikan kenderaannya secara mengejut.
"Tindakan pemandu itu akhirnya memakan diri sendiri apabila treler yang dipandunya itu gagal dikawal dan terbabas di bahu jalan," katanya.
Johari berkata, mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 petang semalam.
Mayat mangsa dituntut ahli keluarganya selepas selesai bedah siasat, katanya.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment