Saturday, July 9, 2011

Penjenayah warga Indonesia mati ditembak


Polis Pulau Pinang menembak mati seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes jenayah dalam satu kejadian tembak menembak di Jalan Paya Terubong di sini 2 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC II Zahruddin Abdullah, berkata sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat maklumat terdapat sebuah Proton Wira dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

"Anggota polis yang sampai ke tempat kejadian cuba menghampiri dan meminta pemandunya berhenti, bagaimanapun lelaki berusia lingkungan 30-an itu terus memecut laju kereta yang dipandunya itu ke arah persimpangan lampu isyarat Jalan Dato' Ismail Hashim, Relau di sini.
"Dalam masa sama lelaki terbabit juga bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis dan kita terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Zahruddin berkata, kereta yang dipandu lelaki terbabit terbabas ke kiri jalan selepas satu daripada tempakan yang dilepaskan polis mengenainya.

Katanya, suspek mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang.
"Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan terbabit dalam pelbagai aktiviti jenayah antaranya samun, pecah rumah, mencuri dan pengedaran dadah di sekitar negeri ini," katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sepucuk pistol jenis Revolver .38mm dan beberapa bungkus dadah jenis ganja dalam kereta lelaki itu.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan lelaki terbabit menjalankan kegiatan jenayah bersama kumpulannya dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan mereka.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!