Friday, July 29, 2011

Siapa yang skodeng ni??


Dua pelajar wanita dari Bulgaria terkejut apabila mendapati terdapat beberapa kamera tersembunyi yang mengintip pergerakan mereka di setiap bilik dalam apartmen mereka di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kedua-dua pelajar itu, Vanya Amokovareva, 22, dan Ralitsa Dzhambazova, 23, bertindak menghubungi polis apabila mereka mendapati terdapat kamera tersembunyi pada alat pengesan asap.


Kamera itu juga didapati terdapat di dalam bilik mandi.
Selama tiga bulan mereka berada di dalam apartmen tersebut, setiap pergerakan pelajar itu dirakamkan menerusi kamera berkenaan.
Mereka menemui kamera itu pada Isnin lalu.
"Saya tidak pernah menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku pada saya dan rakan saya," kata Dzhambazova.


Menurutnya, mereka datang ke sini untuk menghabiskan cuti musim panas dengan bekerja di Amerika Syarikat.
Para penyiasat kini mencari individu yang meletakkan kamera itu.




.

5 Penyokong CHELSEA:

mz on July 30, 2011 at 12:55 AM said...

dah lama, baru sekarang nak sedar ke..pe ke benda tah la..

lulu, mai sini sat..
http://www.muazfaris.com/2011/07/facebook-like-box-untuk-blogger.html

mz on July 30, 2011 at 12:56 AM said...

lagi satu, lupa nak bagitau, dah add kat bloglist saya link blog ni

http://www.muazfaris.com/2011/07/ben-ashaari-ajak-join-bloglist-blogger.html

Nilam suhana on July 30, 2011 at 1:55 AM said...

dulu kat kolej saya pon ada kes nih juga... classmate punya umah sewa yang kena... tuan rumah letakkn camera kat lampu bilik air.. pernah masuk berita... kesian diorang.. dahla budak2 tu lawa2+ alim2... memang kesian la... tapi diorang x besarkan kes, sebab takut malu.. hurm..

Nizam Ijam on July 30, 2011 at 7:56 AM said...

sedap r skodeng..haha

diya on July 30, 2011 at 11:38 AM said...

heee terok betoi ! pervert punye org yg letak cam tu.!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!