Friday, July 1, 2011

Terguris dengan kata-katanya..


IBARAT menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak.
Begitulah perumpamaan mengenai apa dilakukan pelakon Norman Hakim, 35, apabila berdepan kemelut membabitkan dirinya dengan bekas isteri, Abby Abadi, 34, dan bakal isteri baru, Memey Suhaiza, 23.

Sejak bercerai pada Disember 2008, Norman atau nama sebenar Mohamed Nurhakim Zaidon bukan saja perlu berhadapan persepsi negatif masyarakat mengenai dirinya dan Memey, malah pelbagai kemelut yang selalu timbul antara mereka berkaitan anak-anak, Danish Hakim, 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3.

Terbaru, Abby meluahkan rasa terkilannya dengan tindakan Memey membawa dua anak perempuannya menghadiri satu majlis tertutup pada waktu malam, di sebuah hotel di Damansara, pada 19 Jun lalu.

Abby mempersoalkan motif Memey membawa mereka kerana Norman tidak ada bersamanya.

Sejak bercerai pada Disember 2008, Norman atau nama sebenar Mohamed Nurhakim Zaidon bukan saja perlu berhadapan persepsi negatif masyarakat mengenai dirinya dan Memey, malah pelbagai kemelut yang selalu timbul antara mereka berkaitan anak-anak, Danish Hakim, 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3.

Terbaru, Abby meluahkan rasa terkilannya dengan tindakan Memey membawa dua anak perempuannya menghadiri satu majlis tertutup pada waktu malam, di sebuah hotel di Damansara, pada 19 Jun lalu.

Abby mempersoalkan motif Memey membawa mereka kerana Norman tidak ada bersamanya.
Abby mendakwa tindakan Memey itu di luar pengetahuannya dan Memey tidak seharusnya membawa kanak-kanak kecil itu menghadiri majlis pada waktu malam yang khusus untuk wanita dewasa.

Pertemuan dengan Norman dan Memey yang hadir dalam satu majlis Merasa Juadah Berbuka Puasa di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin, turut ditanya dengan persoalan itu.
Norman dan Memey pada mulanya enggan mengulas lanjut mengenai luahan Abby dalam akhbar kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Memey hanya mampu meluahkan rasa sedihnya kerana tidak menyangka perkara seperti itu berlaku. Memey mengakui menangis apabila membaca kenyataan Abby, tetapi menyerahkan kepada Norman untuk membuat penjelasan.

Norman berkata, dia cuba sedaya upaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa kerana itulah tekadnya apabila anak-anaknya lahir.

Bagaimanapun, katanya, selepas bercerai, dia mengakui tidak mampu menjaga anak-anak seorang diri.

“Mujur ada Memey untuk membantu. Malah, saya bersyukur kerana Memey tidak pernah mengeluh, bahkan begitu sayang dan rapat dengan anak-anak saya.

“Pada hari itu, saya sebenarnya menghadiri satu majlis sukan di sekolah Danish bersama Abby (sebelah pagi) dan ada satu lagi acara pada sebelah tengah hari membabitkan Dania pula. Bagaimanapun, Abby mengatakan tidak dapat hadir kerana mahu ke luar negara. Jadi, saya bawa Memey menemani saya.

“Kebetulan pada sebelah malamnya, Memey ada undangan menghadiri satu majlis di Damansara dan saya pula ada penggambaran filem Tanda Putera Negara arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba di Studio Finas, Hulu Klang.

“Selepas berbincang, kami memutuskan untuk membahagikan tugas menjaga mereka. Anak lelaki bersama saya ke lokasi manakala dua anak perempuan bersama Memey. Pada petang itu, saya hantar mereka ke Damansara kemudian saya dan Danish pula ke Hulu Klang,” katanya.
Kata Norman, dia faham Abby berhak meluahkan rasa terkilannya berkaitan soal anak-anak, tetapi tidak seharusnya cepat melatah dan melenting.

Sebaliknya kata Norman, Abby harus melihat perkara itu dari sudut positif kerana ada orang yang sudi menjaga anak-anak mereka ketika dia keluar bekerja dan bukannya ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan orang dewasa kerana itu lebih berbahaya.

“Kalau saya berada di tempat Abby, saya akan berterima kasih kepada Memey kerana ada orang yang menjaga anak-anak ketika ketiadaan saya.
“Bagaimanapun, apabila timbul cerita ini, kesian Memey. Bukan salah dia kerana saya perlukan bantuannya menjaga anak-anak apabila Abby tiada.

“Apapun, saya terima apa yang berlaku, tetapi ia bukanlah sengaja untuk menyakitkan hati Abby. Saya juga harap agar hubungan kami tidak sentiasa tegang dengan pelbagai kemelut yang tidak pernah berhenti kerana saya cuba sebaiknya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ayah.

“Saya juga kesal apabila dikatakan cuai dalam menjalankan tanggungjawab dari segi nafkah. Hakikat–nya, saya sentiasa pastikan kepentingan anak-anak dengan membelikan barang keperluan dapur setiap 20 hari sekali melalui bantuan pembantu rumah yang memberikan senarai barang-barang yang diperlukan.

“Saya juga bayar bil air dan elektrik, begitu juga duit belanja sekolah dan pengangkutan anak-anak ke sekolah. Kami juga tidak terikat dengan peraturan tertentu soal penjagaan anak sebaliknya lebih fleksibel mengikut kesesuaian,” katanya.


Norman khuatir untuk berkahwin lagi?

DUA tahun selepas bercerai, baru kini Norman merancang untuk hidup bersama Memey dengan ikatan yang sah. Pasangan yang bertunang pada September tahun lalu, memilih tarikh sesuai untuk melangsungkan pernikahan pada akhir September nanti.

Norman mengakui inginkan kehidupan tenang dan lebih teratur melalui pernikahannya dengan Memey, tetapi jauh di sudut hatinya, mengakui takut untuk melangkah detik itu sekali lagi.

“Saya sendiri membuat keputusan untuk berkahwin demi anak-anak, tapi hakikatnya, saya takut dan bimbang sebenarnya.

“Yalah, saya lihat Memey boleh menerima anak-anak saya, malah mampu menjaga mereka dengan baik. Bagaimanapun, timbul juga kebimbangan jika semua itu berlaku hanya sebelum berkahwin, tetapi selepas berkahwin nanti keadaan berbeza.

“Itu yang saya takutkan kerana anak-anak menjadi keutamaan saya. Ia menjadi tanggungjawab saya sampai akhir hayat dan itulah juga yang selalu saya katakan kepada Memey dan bertanya kepadanya apakah dia bersedia menerima semua keadaan itu.

“Bagaimanapun kata Memey, perkara itulah juga yang membuatkan dirinya tambah sayang dan yakin untuk hidup bersama saya kerana melihat saya bertanggungjawab terhadap anak-anak dan yakin mampu juga menjaganya dengan baik.

“Mungkin saya bukanlah suami yang baik kerana gagal mempertahankan perkahwinan kami, tapi saya akan cuba memperbaikinya apabila diberi peluang kedua,” katanya.

Pasangan ini pada mulanya memilih 11.11.11, tetapi sedar ramai yang memilih tarikh itu lalu memilih sepakat dengan tarikh 24 September.

Kata Norman, persiapan kini berjalan lancar dan majlis hanya berlangsung di sebelah pihak perempuan saja.

“Saya baru saja selesai menjalani penggambaran telefilem Demi Tuhan Ku Izinkan bersama Eja. Ia satu kisah yang sangat menyentuh perasaan mengenai seorang isteri yang mengizinkan suaminya berkahwin lagi. Filem Tanda Putera Negara pula akan selesai pada 2 Julai ini,” katanya.

Kata Norman, selepas berkahwin nanti soal penjagaan anak tetap sama seperti sekarang, cuba bezanya mereka akan dijaga ibu yang ada ikatan yang sah dengannya. Norman amat berharap hubungan kedua-dua pihak berjalan dengan baik dan segala pertimbangan perlukan mengutamakan soal anak-anak.




P/S - Apa kata duduk semeja, cari penyelesaian... Buruklah ditengok/dengar, cerita begini selalu masuk paper, bagaikan membuka pekung didada.. Baik abby mahupun memey, tak lama lagi akan jadi 'keluarga'... sekurang-kurangnya, biarlah saling beralah...Norman pun kena bijak memainkan peranan...



.

1 Penyokong CHELSEA:

emarieys on July 1, 2011 at 1:06 PM said...

betul kata-kata lulu tu..

lagi tersebar lagi buruk padahnya...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!