Thursday, July 7, 2011

Tunggu kelahiran anak perempuan


Bintang bola sepak terkenal, David Beckham bakal menimang anak perempuan pertamanya pada bila-bila masa saja.
Isterinya, Victoria Beckham yang sudah lama teringinkan anak perempuan akhirnya menjadi kenyataan selepas menjalani ujian imbasan ke atas kandungannya pada Mac lalu dan doktor mengesahkan bayi dalam kandungannnya itu perempuan.
Pasangan popular itu sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu, Brooklyn, 12, Romeo, 8, dan Cruz, 6.

"Orang ramai menyatakan saya akan bersikap terlalu memberi perhatian kepada anak perempuan saya yang akan dilahirkan ini tetapi saya turut memberi perhatian kepada semua anak saya yang lain.
"Dia (anak perempuan yang bakal dilahirkan) mempunyai tiga abang yang akan menjaganya dan melindunginya," katanya.

Tatkala Victoria akan melahirkan anak tidak lama lagi, Beckham mengakui isteri yang sedang sarat mengandung berada dalam keadaan baik.
"Dia (Victoria) tidak mengidam banyak benda dan tidak mengalami sakit. Ia merupakan situasi mengandung yang baik dan berjalan lancar," katanya.

Bekas pemain sayap Manchester United itu mengakui dia teruja dengan barangan berwarna merah jambu yang terdapat di rumahnya yang sebelum ini dipenuhi dengan barangan lelaki.
"Ia merupakan sesuatu yang baru dan berbeza buat kami sekeluarga. Terlalu banyak barangan pakaian berwarna merah jambu di dalam rumah. Bilik dan pakaian telah siap disediakan, sekali gus membuatkan kami teruja," katanya.




.

2 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on July 7, 2011 at 11:45 PM said...

lama tak dengar kabar Beckham.. bintang bola yang semakin pudar.. mana tau bakal anak pempuan nya bakal pemain bola sepak wanita terhebat dunia kelak kan..
p/s:---> Bola sepak Piala Dunia wanita---> saya sokong team USA... pasukan dream team pilihan.. terbaekk..

Kancil 8349 on July 8, 2011 at 12:35 AM said...

tahniah kepada David Beckham...moga bertambah ceria rumahtangga mereka dengan kehadiran anak perempuan...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!