Megan Fox menggunakan khidmat halaman Facebook untuk membantu mengenepikan laporan kononnya beliau mendapatkan rawatan suntikan Botox untuk menegangkan kulit mukanya.
Aktres itu menepis khabar angin dengan mengirimkan satu siri gambar melalui halaman Facebooknya dalam album bertajuk ‘Perkara yang tidak boleh anda lakukan dengan wajah apabila menerima suntikan Botox’, lapor sebuah akhbar.
Fox cuba membuktikan otot dahinya tidak kaku apabila beliau membuat beberapa ekspresi muka. Dalam satu rakaman, bekas bintang Transformers itu sengaja mengerutkan dahi manakala satu gambar lain menunjukkan dia membuat wajah seolah-olah sedang dilanda kebimbangan semata-mata untuk menunjukkan kedut di dahinya.
Pelakon berusia 25 tahun itu juga turut menunjukkan aksi wajah mengejutkan dalam rakaman gambar lain.
Sementara itu, dalam gambar terakhir Fox merenung ke arah kamera yang memaparkan kening beliau yang melengkung.
Dalam satu kemunculan di permaidani merah baru-baru ini, Fox kelihatan begitu sempurna dengan bibir tebal sehingga mencetuskan khabar angin kononnya aktres berkenaan menjalani pembedahan plastik atau suntikan di wajah.
Sementara itu, dalam laporan femalefirst.co.uk. aktres itu mengakui dia tidak mengikuti amalan diet yang ketat tetapi lebih suka mengamalkan memakan banyak makanan mentah.
Pelakon yang mengahwini Brian Austin Green itu menjelaskan beliau memastikan dirinya akan makan lima kali sehari bersama vitamin dan mineral tambahan.
“Saya makan lima kali sehari dan tidak mengamalkan diet, tetapi saya mengambil makanan sihat, kebanyakannya makanan segar dan makanan sayuran tanpa tenusu,” katanya.
“Saya juga mengambil makanan tambahan seperti silika dan minyak ikan. Ia mungkin sukar dilakukan setiap hari apabila berjalan dan terbabit dalam penggambaran filem tetapi saya sentiasa mencuba,” katanya.
.
9 Penyokong CHELSEA:
loh, dalam filem punya lah lawa.. kat realiti tak menarik langsung.. huhu
tpi cantik gk dy even x make up kan. hehe
kawan aku ada cakap Megan Fox ni jantan. lepas tu nak muntah aku tengok Transformer. =__=
suka pic last..chomel
wah,canteklah megan fox,mcm iras2 angelina jolie
yo ! die memang natural beauty lah kan kalau tak sunyik ape2...envy envy..
dia mmg cantik sangat....
damnnnnn cantik gile die ni! >_<
even dye wat dahi berkerut pun tetap cntek..:)
Post a Comment