Aktor serba boleh India, Shammi Kapoor meninggal dunia pada usia 79 tahun selepas menceburi karier yang panjang di Bollywood.
Doktor pelakon itu, Bhupendra Gandhi berkata, Kapoor dimasukkan ke Hospital Breach Candy di bandar raya ini dua hari lalu dalam keadaan kritikal. Dia menerima rawatan dialisis dan meninggal, semalam disebabkan buah pinggangnya gagal berfungsi.
Shammi dikenali kerana sering membawa watak sebagai seorang yang periang dalam filem. Dia berasal daripada keluarga Kapoor yang terkenal di Bollywood.
Abangnya, Raj Kapoor dan adik lelakinya, Shashi Kapoor juga adalah aktor yang berjaya, manakala bapanya, Prithviraj Kapoor adalah personaliti teater yang ternama pada 1950-an.
Shammi mula menceburi dunia lakonan Bollywood pada 1953 dan berlakon dalam filem terkenal Junglee dan Professor. Dia juga muncul dalam Brahmchari and Janwar.
.
3 Penyokong CHELSEA:
popular artis ni dulu kan..
kenal terus bila tengak gambar time dia muda tu .
suka tengok dia berlakon dalam citer in evening in paris :-)
Post a Comment