Sebuah kejahatan sadis dilakukan oleh seorang ayah, Justin C. Janosik kepada anaknya kerana hal kecil. Hanya kerana si ayah sukar tidur, dia membunuh anak bagi melepaskan geram.
Kejadian tersebut terjadi di apartmen Janosik di Appomattox Street, Blok 10300, San Antonio, Texas Amerika Syarikat. Ayah yang berusia 22 tahun ini dituduh membunuh anaknya sendiri, Kaleb Janosik yang baru berusia tiga minggu. Dia dikenakan hukuman kerana melakukan pembunuhan terhadap anak di bawah umur.
Dalam laporan polis, anak malang tersebut mengalami lebam tepat di atas mata, di bahagian belakang lehernya dan di punggungnya.
Menurut siasatan pihak polis, Janosik dikatakan sering memukul anaknya ketika ibunya keluar bekerja. Kadang-kadang, dia melepaskan emosi dan marah kepada anaknya kerana susah tidur.
Dia dikatan memukul anaknya di leher, kepala dan punggung dengan tangannya. Hasil otopsi menunjukkan bayi itu meninggal kerana kecederaan otak.
Dalam siasatan polis yang kedua, lelaki biadab tersebut juga mengakui sempat menggigit anaknya. "Kadang menampar anaknya dan mencekik lehernya," kata polis tempatan.
.
2 Penyokong CHELSEA:
3 minggu??? kecik lagi tue..kesiaaannn,
alalala.. tergamak si ayah..
Post a Comment