Aktres Britain, Kate Winslet membantu menyelamatkan ibu ketua syarikat penerbangan tambang murah Virgin, Richard Branson apabila vila yang mereka diami di tepi Laut Carribean di sini terbakar setelah disambar petir.
Wanita berusia 90 tahun itu dibawa keluar ke tempat yang lebih selamat. Winslet dan anak-anaknya adalah antara tetamu yang terpaksa melarikan diri apabila kediaman milik Branson itu hangus terbakar.
Rumah agam berharga beberapa juta pound itu dibina di atas pulau ini yang dibeli oleh taikun berkenaan pada harga £60 juta (RM294.21 juta). Ia disambar petir sebelum terbakar awal pagi kelmarin apabila rantau berkenaan dilanda Taufan Irene yang bergerak selaju 144 kilometer sejam.
Api merebak dengan cepa,t sekali gus memaksa penghuninya termasuk Winslet dan dua anaknya bertindak menyelamatkan nyawa mereka.
Menurut Branson, Winslet bertindak seperti seorang wirawati Hollywood sejati apabila ia mengangkat wanita berusia 90 tahun itu dan berjalan keluar dari rumah agam berkenaan yang runtuh sejurus kemudian.
Ketika kejadian, Branson, 61, menginap di sebuah vila lain sekitar beberapa puluh meter daripada rumah agam berkenaan bersama isteri, Joan dan anak lelakinya, Sam.
"Terdapat sekitar 20 orang dalam rumah itu dan mereka semua berjaya keluar dengan selamat," katanya.
Branson yang mengetuai konglomerat Kumpulan Virgin yang terdiri daripada 400 buah syarikat, memiliki anggaran kekayaan berjumlah AS$4.2 bilion (RM12.4 bilion).
.
1 Penyokong CHELSEA:
wah, seperti dalam top filemnya Titanic, Winslet sekali lagi menjadi watak utama yang menjadi penyelamat dalam dunia realiti...
Post a Comment