Seorang wanita tidak menyangka pujian bersungguh-sungguh suami terhadap masakan yang disediakan untuk berbuka puasa rupa-rupanya menjadi petanda yang lelaki itu akan menemui ajal dalam kemalangan kelmarin.
Kejadian pukul 10.50 malam itu mengakibatkan seorang mekanik, Tuan Mat Shamsul Tuan Ismail, 35, maut selepas dia rentung apabila kereta Proton Wira yang dinaiki bersama tiga lagi rakan terbabas lalu terbakar di Kilometer 24.5 Jalan Terengganu-Kota Bharu di Kampung Jerus dekat sini.
Ini merupakan kemalangan kali keempat menimpa Tuan Mat Shamsul sejak 2008 yang kesemuanya berlaku pada bulan Ramadan.
Tiga rakannya iaitu pemandu ambulans Hospital Tengku Anis (HTA) di sini, Mohamad Ikram Ismail, 27; mekanik, Mohd. Nazirul Munir Mohamad Nasir, 18 dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa, Zuraidi Zakaria, 17, dapat diselamatkan. Kesemua mangsa berasal dari Kampung Bukit Abal dekat sini.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Mohamad Ikram dari arah Pasir Puteh ke Kota Bharu terbabas lalu terbakar ketika cuba mengelak kenderaan lain yang mahu memasuki simpang.
Mereka dikatakan hendak pergi ke sebuah kedai untuk minum di Kampung Pak Badol, Bachok yang terletak kira-kira lapan kilometer dari kampung mereka.
Isteri Tuan Mat Shamsul, Rosmawati Kamarudin, 29, memberitahu, ketika waktu berbuka, suaminya begitu berselera dan bersungguh-sungguh memuji masakan ikan lolong masak pedas yang disediakannya.
"Selepas berbuka, arwah mengurut-ngurut badan dan mencium pipi saya. Perkara itu telah lama tidak dilakukannya dalam tempoh tujuh tahun perkahwinan kami dan ia membuatkan saya berasa pelik.
"Empat anak saya, Tuan Muhammad Amierul Hayyat, 8, Tuan Nur Amiera Balqis, 6, Tuan Nur Auni Batisya, 5, dan Tuan Nur Amna Ainunisyha, 4, seakan-akan tidak percaya dengan kejadian itu tetapi saya menasihati mereka supaya reda dengan apa yang berlaku," ceritanya ketika ditemui di HTA di sini semalam.
.
4 Penyokong CHELSEA:
Anak arwah kecik kecik lagi .. :'(
:(
Kasihan, sedih byk kemalangan jiwa berlaku di bulan ramadan ini. Bagaimana keluarga arwah nak menghadapi hari raya, mesti sedih especially anak2nya
jue dh alami semua ni ...seminggu lg nk raya hubby mniggal ...sedih sangat anak bru umur 4 thun ...x thu ape2 lg ...jue turut simpati ...
Post a Comment