Hadith:Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Nabi s.a.w bersabda:'Dua kalimah yang amat dikasihi Allah Yang Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya) iaitu; Maha Suci Allah dan dengan kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Besar.
Huraian Hadith:
Zikir dalam ertikata sebenarnya adalah suatu cara untuk menyebut, mengingat dan mendekatkan diri kapada Allah. Maka segala aktiviti yang tujuannya menyebut, mengingat dan mendekatkan diri kepada Allah dinamakan zikir, seperti solat juga dinamakan zikir. Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku ( Tahaa: 14 ). Namun begitu pengertian zikir yang lebih spesifik adalah menyebut nama Allah dengan lisan dan hati. Berzikir dengan lisan dan hati adalah perintah Allah yang mempunyai manfaat yang sangat besar di dunia mahupun di akhirat kelak. Firman Allah yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya ( Al Ahzab:41) Berzikir adalah suatu cara untuk mendekatkan diri hamba kepada Tuhannya. Apabila seorang hamba sudah dekat dengan tuhannya maka segala hajat yang diminta dan diinginkannya pasti termakbul sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith baginda yang bermaksud: Dan Aku bersamanya bila ia berzikir ( HR.Muslim ).
.
6 Penyokong CHELSEA:
سبحان الله .... selamat bersahur cik Lulu ...
Insya Allah, zikir akan mententeramkan hati, mendamaikan diri, mensucikan rohani..
banyakkan amal dan ibadah di bulan Ramadan ini..
cantik header lulu..chelsea baru beli ke player tu??hehehe
bnyakkan zikir di bulan mulia ini,
iNFO YG SGT BAIK PAGI2 NI...I LIKE 10X !!!
sama2 kita amalkan utk mendapat keberkatan di bulan yg mulia ini
Post a Comment