Thursday, August 11, 2011

Dua tersepit kemalangan di Bangi


Empat sahabat menempuh detik-detik cemas apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan menyebabkan dua daripada mereka tersepit di satu persimpangan Bandar Seri Putra, Bangi dekat sini, hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bangi, kejadian berlaku pukul 1 petang apabila kereta itu dipercayai bertembung dengan sebuah bas sekolah sebelum terbabas semasa tiba di lokasi.
Katanya, pemandu dan penumpang hadapan kereta itu tersepit ekoran kemalangan tersebut.

"Dua lagi penumpang belakang tidak mengalami kecederaan. Kedua-dua pelajar yang mengalami cedera ringan dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Difahamkan, semua mereka merupakan pelajar perempuan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan berusia lingkungan 20-an.



.

12 Penyokong CHELSEA:

oshin on August 11, 2011 at 10:42 AM said...

depan umah pakcik oshin la nih...huhu kesian diorang :(

Kak Amy on August 11, 2011 at 11:06 AM said...

kalau lihat pada kereta teruk juga , mujurlah tiada yang maut...

zuwaidah on August 11, 2011 at 11:12 AM said...

nasib baik tak ada kemalangan jiwa

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ on August 11, 2011 at 11:12 AM said...

doakan mereka cepat sembuh seperti sediakala :(

ieda =.= on August 11, 2011 at 11:30 AM said...

bahaya la..nasib baek xda ape2..

flowers on August 11, 2011 at 12:05 PM said...

Ni dkt area kwasan umah sy...x tau plak sal citer ni....

Liza @ Adzriel AB on August 11, 2011 at 1:05 PM said...

memang teruk remuknya... dekat dengan rumah kak liza juga.

Anonymous said...

berite ni slp weh.pemandu pth hidung,putus tali mate.teggelam.akn lalui 2 pembedahan.mate dan hidung.penumpang sebelah patah kaki.penumpang belakang,di blakang pemandu alami pendarahan di kepala.masih koma.,tempurung kepala terpaksa di keluarkan seketika,tuk mengeluarkan darah d otak.sorang lg retak buku lali kaki,14 jahitan di dahi..kemalangan berlaku 12:15 tgh hr,nk tau lbh lnjut leh jmpe salah sorang mangsa di Hospital serdang,yg parah di HUKL,pemandu di KPJ ampang puteri.leh la hulur2kan sumbangan.sempena ramadan.mereka sgt memerlukan.
(shbt baik mangsa)

Anonymous said...

saya berasal dari brunei. Salah seorang daripada pelajar kuis itu berasal dari brunei yang terbabit dalam kemalangan itu telah meniggal dunia, selepas 3 hari coma dihospital. Al-fatihah.

Anonymous said...

ini yg kemalangan hr rabu,shbt sekelas sy.mereka semua ok je.cume yg koma x seda lg.kat HUKL.sume dak syariah sem 5.
yg meninggal hr ahad semalam,student brunai,kemalangan hari jumaat x silap sy,student islamic banking sem 6.kwn2 die yg lain sy x tau plk pe cite..

Anonymous said...

tapi diorang ckp pelajar brunei tu accident kat bangi.

Anonymous said...

tul.yg ats ni kat simpang tapah je.
selang beberapa hri pas tu de dak basl kemalangan di kelantan.meninggal gak,pas tu dak quran sunnah.msh koma di serdang..
cme nk maklum spye x terkeliru.sbb dlm ms 8 hari dh de 2 org meninggal dn yg lain parah kemalangan.sume dekat 10 orang gak la kot

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!