Thursday, August 11, 2011

Sudahlah menyamun, langgar kepala mangsa..

Kepala seorang lelaki bukan sahaja dilanggar tiga kali dengan motosikal selepas terjatuh sebaik ditolak dua lelaki yang cuba menyamunnya berdekatan Jalan Selesa Ria, di sini, malah turut nyaris ditikam dengan pisau, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Ng, 39, dalam perjalanan menghantar anaknya untuk latihan sukan di Seri Petaling apabila keretanya mengalami kerosakan dan terpaksa berhenti di tepi jalan.

Menurutnya, ketika memeriksa enjin, dua lelaki tidak dikenali dan menunggang motosikal menghampirinya.
“Tiba-tiba seorang daripada mereka menghunuskan pisau sebelum menolak saya hingga terjatuh.

“Lelaki itu cuba menikam saya di dada, tetapi saya mengelak dan pada masa sama, lelaki terbabit cuba merampas beg silang saya, tetapi tidak berjaya,” katanya.

Beliau berkata, seorang lagi lelaki melanggar kepalanya tiga kali menyebabkan dia pengsan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan.



.

3 Penyokong CHELSEA:

ieda =.= on August 11, 2011 at 11:29 AM said...

aduhhhhh sakitnye..T__T

nape ade org mcm tu skrg ni..takot..

Nadia on August 11, 2011 at 11:32 AM said...

kesian orang tu..ish..orang sekarang kalau nak samun mcm cara sanggup wat kan?

new entry :: Day 05 - A picture of your favorite memory

zuwaidah on August 11, 2011 at 11:40 AM said...

mak aih....dasyatnya....tergamak buat mcm tu.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!