Friday, August 12, 2011

Ibu tunggal tertipu janji manis

Akibat terlalu percaya rakan yang baru dikenali menerusi sebuah laman web, seorang pegawai akaun kerugian RM5,625 apabila ditipu kenalannya yang kononnya mahu mengirim beg berjenama dari London, United Kingdom.

Pegawai akaun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Chiew, 40, berkata, dia berkenalan dengan rakannya itu yang dikenali sebagai Mark John, 40, dari London sejak Disember lalu.

Chiew yang merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun memberitahu, John pandai mengambil hatinya dengan mengatakan dirinya juga seorang bapa tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 11 tahun.

“Mark memang pandai bercakap manis. Pada satu hari, dia berkata mahu mengirim satu hadiah yang merupakan beg berjenama kepada saya. Selepas itu, dia juga memberikan nombor pendaftaran pos bungkusan itu pada Mei lalu.

“Pada bulan sama, dia menghubungi saya lagi dan memberitahu bungkusan tersebut telah ditahan oleh kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dia meminta saya membayar kos insurans dan pentadbiran sebanyak RM5,625 bagi mendapatkannya,” katanya.
Dia berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA di sini semalam.

Chiew kemudiannya memasukkan wang ke dalam akaun didakwa dimiliki oleh seorang pegawai yang bekerja di sebuah syarikat perkhidmatan kiriman cepat tempatan.
Bagaimanapun, Chiew dihubungi sekali lagi untuk membayar kompaun RM21,178.50 sebelum dibenarkan mengambil bungkusan tersebut.
Disebabkan rasa tertipu, dia tidak lagi menghubungi John selepas itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan Awan dan Pengaduan MCA, Lim Thoon Leong berkata, kes berkenaan merupakan yang ke-14 dikendalikannya.
Justeru, beliau berharap kerajaan dapat mengkaji semula sistem sedia ada bagi memudahkan penjenayah siber dikesan serta diberkas segera.



.

3 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

jgn mudah percaya dgn janji manis lelaki apatah lg yg baru dikenali..

Salam ramadhan miss lulu :)

Lulu Caldina on August 12, 2011 at 3:49 PM said...

@Citra NaniZam salam ramadhan dear :)

Unknown on August 12, 2011 at 4:00 PM said...

mudah sangat percaya..banyak plak tu laburkan..baik kirim kawn2 bli lagi bagus...kalau nak sangat la..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!