Pegawai JKM cawangan Putrajaya, Hamsa Moksin berkata, Muhammad Imran ditemui berseorangan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 23 Julai lepas tanpa sebarang tujuan dan penjaga.
"Menurut Muhammad Imran, dia datang ke Putrajaya bersama ibunya, Timah Sara untuk berjumpa dengan abang kandungnya di masjid berkenaan.
"Selepas pertemuan itu, ibunya menunaikan solat sementara abangnya meninggalkan mereka, kemudian dia gagal untuk bertemu dengan ibunya semula," katanya.
Hamsa berkata, menurut kanak-kanak malang itu, dia berasal dari Kampung Alek Bukit, Kuala Krai, Kelantan.
"Buat masa ini, dia ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Kuala Kangsar, Perak," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris Muhammad Imran menghubungi Mohd. Fazli Abdul Rahman atau Hamsa sendiri di talian 03-88901672.
.
1 Penyokong CHELSEA:
kesian budak ni.. mcmana boleh tertinggal tu? ke mak dia sengaja tinggal?
Post a Comment