Friday, August 19, 2011

Kerana putus cinta

Selepas membuat kecoh di rumah bekas kekasih, seorang wanita bertindak ganas dengan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid ke atas kereta milik isteri bekas kekasihnya dalam kejadian di Taman Maluri, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, mangsa yang dikenali sebagai Ng meletakkan kereta Toyota Camry milik isterinya di hadapan rumahnya dalam keadaan baik dan berkunci.

Bagaimanapun, kira-kira jam 7.20 pagi, dia terkejut apabila melihat keretanya yang rosak teruk secara keseluruhan akibat disimbah asid.
“Saya percaya kejadian ini dilakukan bekas kekasih yang bengang kerana saya memutuskan hubungan kami minggu lalu. Dua hari sebelum kejadian, dia datang ke rumah dan membuat kecoh kerana tidak berpuas hati dengan saya,” katanya.

Menurutnya, angkara tindakan itu, dia bertengkar dengan isteri sebelum dikejutkan dengan kejadian simbah asid itu.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Pandan untuk tindakan lanjut kerana risau kejadian lebih buruk menimpa keluarganya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.



.

3 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on August 19, 2011 at 10:59 AM said...

aduinaa.. serangan asid semakin menggila kebelakangan ini.. apa suda jadi orang2 kita ni...

kena pakai topeng muka la lepas ni.. huhuhuhu..

Kancil 8349 on August 19, 2011 at 11:03 AM said...

bila diri sudah dikuasai syaitan...macam2 dia mahu buat...

zuwaidah on August 19, 2011 at 12:27 PM said...

cari penyakit, tu lerrr...apasal skrg byk sgt kejadian curah asid nih..takut laaaaa

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!