Sepasang suami isteri dan anak tunggal mereka terbunuh dalam satu kemalangan malam tadi di Kilometer 127, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan Resort Awana Kijal di sini, selepas membeli baju raya di Kuantan. Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Nik Herna Mokhtar, 28; suaminya, Mohd. Aswari Ariffin, 36; dan anak tunggal mereka, Muhammad Airell Zulfairy, 4 tahun.
Nik Nor Syafiqah, 10, adik kepada Nik Herna dan pemandu sebuah lagi kereta, Ahmad Tajuddin Mohd. Ariffin, 30-an, cedera parah.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva yang dipandu oleh Mohd. Aswari terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu oleh Ahmad Tajuddin.
"Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Kuantan ke rumah mereka di Kampung Gong Cengal, Kemasik. Kereta mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum berpusing dan bertembung dengan sebuah kereta lain," katanya.
Menurut seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Naim, dia terkejut apabila ternampak sebuah kereta terbalik, namun tiada suara meminta tolong didengari.
"Selepas diperiksa saya nampak seorang wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak terhimpit di bahagian depan kereta dan sudah meninggal dunia.
Seorang lagi kanak-kanak yang duduk di bahagian belakang masih bernyawa tapi lemah.
Bapa Nik Herna, Mokhtar Said, 52, memberitahu,keadaan Nik Nor Syafiqah yang merupakan anak bongsunya adalah kritikal.
"Waktu sahur kelmarin Nik Herna dan Nik Nor Syafiqah bawa air sejuk untuk saya sebab saya memang tidak bersahur.
"Mereka tidak pernah berbuat demikian tetapi ketika itu saya tidak berasa apa-apa yang pelik," katanya ketika ditemui di Hospital Kemaman di sini.
.
3 Penyokong CHELSEA:
mereka terpilih di bulan ramadhan yg mulia
Innalillah wainalillah hirajiun
Kesiannya...sudah takdir mereka pergi awal...Innalillah wainalilah hirajiun
Post a Comment