Wednesday, August 3, 2011

Kisah mereka kembali bersambung..


Aimie :

“Saya tidak mahu komen, biarlah semuanya selesai dulu,” kata tunang Khairul Fahmi Che Mat, 22, Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, di sini, semalam.
Elia ketika dihubungi menerusi SMS enggan memberikan sebarang komen mengenai kenyataan Khairul Fahmi yang mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangannya kepada keluarga Elia dalam masa terdekat. Kelmarin, Harian Metro melaporkan dakwaan Elia yang tidak mengetahui keputusan penjaga gol sensasi kebangsaan itu memutuskan pertunangan mereka dan hanya mengetahuinya menerusi Metro Ahad.

Wanita itu turut menafikan dakwaan Khairul Fahmi bahawa keputusan memutuskan pertunangan mereka diambil selepas berbincang dengannya menyebabkan dia dan keluarganya terkejut.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah.

Dia turut menyangkal dakwaan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga dan menegaskan ia helah Khairul Fahmi ‘menyelamatkan’ dirinya. “Kecurangan Khairul Fahmi terbongkar selepas ada seorang wanita datang berjumpa dan mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi sebelum ini,” katanya.



Nekad putus tali pertunangan
Fahmi :

Penjaga gol kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, tetap meneruskan hasrat memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Malah, dia yang lebih dikenali sebagai Apek di kalangan rakan pasukan Red Warriors, mengakui mengambil keputusan itu selepas berbincang dengan keluarganya dan turut memaklumkan hasratnya itu kepada Elia.

“Saya mahu menyelesaikannya dalam masa terdekat dengan mengembalikan cincin pertunangan mengikut adat orang Melayu. Saya serahkan kepada keluarga angkat di Kuala Lumpur menguruskan perkara itu.

“Saya serius memutuskan pertunangan ini selepas berfikir panjang dan mengambil kira perbincangan dibuat dengan keluarga,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan tindakannya memutuskan pertunangan dengan Elia seperti dilaporkan sebuah akhbar tabloid Ahad lalu.

Berikutan isu itu, ibu Khairul Fahmi, Bidah Ibrahim, 53, menganggap anaknya tidak ada jodoh bersama Elia.
Mengulas lanjut perkara itu, Khairul Fahmi sekali lagi menafikan tindakan memutuskan pertunangan dengan Elia kerana faktor orang ketiga seperti dakwaan pelbagai laman web dan blog tempatan.

Beliau berkata, ketika urusan penyerahan cincin itu dilakukan kepada keluarga Elia, dia berada di Slovakia bagi menjalani latihan bersama skuad Olimpik dan selepas itu melakukan persediaan saingan Piala Malaysia September ini.

Katanya, isu putus tunang itu tidak menjejaskan tumpuannya bagi persiapan dalam skuad kebangsaan dan Olimpik negara serta pasukan Red Warriors, malah sempat pulang ke sini untuk menyambut Ramadan bersama keluarga sebelum berlepas ke Slovakia, Rabu ini.




.

9 Penyokong CHELSEA:

::FAIZ:: on August 3, 2011 at 9:33 AM said...

kesian si pemain bola popular ni...

zuwaidah on August 3, 2011 at 9:34 AM said...

kasihan. manusia hanya merancang, ALLAH jua yang menentukan segalanya. moga mereka tabah

Nini D.. on August 3, 2011 at 9:40 AM said...

macam2 sekarang nih..

baru bertunang tapi gempaknya macam dah kawen berpuluh tahun

Anonymous said...

kalau dh xde jdohkan nk wat cmne..huhuhu

meyaa meyoo on August 3, 2011 at 9:54 AM said...

kalau ada jodoh tak kemana (:

Anonymous said...

just doakan yg terbaik tuk mereka
makin menjadi2 kisah mereka nie :D

Norhisham Nordin on August 3, 2011 at 12:30 PM said...

itu sume takdir...

Uji Hussein on August 8, 2011 at 8:38 PM said...

Umur baru 22 belum cukup matang lagi.Takyah lah serious sangat soal cinta tu.Baik tumpu pada karier dulu.

eika on August 9, 2011 at 8:57 PM said...

betul tue...sian apek...difitnah

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!