Monday, August 15, 2011

Kuih Lapis

Bahan-bahan yang digunakan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam 
  • 5 cawan santan sederhana pekat (daripada sebiji kelapa) sedikit pewarna merah, hijau dan esen ros/ pisang( setitik, dua)


1. Panaskan pengukus.
2. Dalam satu mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras, gula pasir dan santan. Gaul sebati dan tapiskan ke dalam bekas lain agar adunan sebati.
3. Bahagikan kepada 2 bekas. Untuk padan, kira secawan demi secawan. Kalau nak buat 7 lapis, bahagikan mengikut nisbah 3:4. Bahagian yang 4 cawan diwarnakan merah dan biarkan satu bahagian lagi hijau.
4. Letakkan garam di dalam adunan putih dan esen ros di dalam adunan merah.
5. Letakkan loyang di dalam pengukus. Tuangkan satu cawan adunan berwarna merah dan kukus selama 7-10 minit. Ulang proses.
6. Apabila siap, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan.Masukkan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak..



.

9 Penyokong CHELSEA:

najihahfara on August 15, 2011 at 3:13 PM said...

waaa sedap tu...

zuwaidah on August 15, 2011 at 3:19 PM said...

dah jadi cik mat gebu yaaaaa

MizzTina on August 15, 2011 at 3:35 PM said...

nice sgt kaler kuih tu.. :)

Anonymous said...

lama x makan kuih lapis :)

aishareoils on August 15, 2011 at 3:54 PM said...

bestny..xde kesempatan nk terai2..huhu

Ce'gu JAERA on August 15, 2011 at 3:55 PM said...

hebat lah Lulu masak memasak ni.. best..

p/s: Lulu, semalam emYu menang 2-1. keputusan Chelsea vs Stoke city apa cerita ya? aku gatal tangan dah nak mengomen ni... ekekekekekeke...

Lulu Caldina on August 15, 2011 at 4:06 PM said...

@Gen2Merah minggu keserian untuk the blues..ngee

maszull on August 15, 2011 at 4:15 PM said...

salam..lulu sedap nyer...

buat sendiri eh...pandainya..:)

Kancil 8349 on August 15, 2011 at 4:27 PM said...

wah sedapnya....kalau kancil makan ini kuih...kancil akan makan satu lapis demi satu lapis...mahu menikmati keenakan kuih ini...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!