Showing posts with label Mari masak With LULU. Show all posts
Showing posts with label Mari masak With LULU. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Gulai Ikan Merah


Yeah menjadi juga... Thanks to papa yang tak jemu-jemu nak ajar, walaupun hanya menggunakan lisan..
Walaubagaimanapun, bila papa ambik gambar bahan-bahan buat gulai ni, menjadikan lulu bersemangat untuk mencuba... Tengok melalui gambar memang menjadi, kan?? yeah...

Jom kita kongsikan resepi istimewa yang ringkas dan sedap ni.. Bertambah-tambah nasi masa makan :)

  • Ikan merah (boleh jer ikan apa pun.. tapi untuk 1st try lulu, lulu gunakan ikan merah..)
  • Lada kering.. tak perlu banyak, cukuplah sekadar 4 biji lada kering, dibersihkan..*
  • 3 ulas bawang merah *
  • Sedikit halia*
  • Sedikitr kunyit hidup*
  • Serai..*
  • Air asam jawa (banyak)
  • Perasa
  • Daun kesum
  • kacang bendi

Mula-mula, blender bahan yang bertanda *.. Masukkan sedikit air, dan blender jangan sampai ada yang berketul. Panaskan minyak kat kuali, minyak pun jangan kedekut yer.. Tumis bahan yang diblender sehingga pecah minyak.. Meletup-letup, dan baunya memang wangi..

Masukkan ikan.. Tambahkan air asam jawa.. Nak banyak kuah, biarlah ikan tu tenggelam...
Bila nak kacau ikan tu, hah papa bagi petua, jangan guna senduk, memadai goyangkan jer kuali, untuk menggelakkan ikan daripada hancur...

Masukkan kacang bendi dan daun kesum.. Juga perasa.. Letaklah sedikit gula, jangan banyak, nanti manis lak.. Hah, dah ready :)

Percubaan pertama, rasanya memang boleh tahan, cuma tak sesedap masakan papa lulu lagi....
Next time lulu cuba lagi yer pa... :)
Jemput makan semua...............




P/S Perkongsian yang menarik [klik sini]



.

Friday, August 26, 2011

Cucur udang


Owh, ini adalah makanan kesukaan lulu...
Selalu buat ni, dan makan panas-panas dengan udang yang fresh lagi..adeh.. siyes, macam nak berlari ke dapur dan buat lagi dan lagi... senang sangat..


  • Udang..
  • Tepung
  • Bawang Besar (potong kecil, so, yang tak suka makan bawang, takkan sedar ada bawang kat dalamnya...ye tak??)
  • Lada Besar (pun hiris nipis...)
  • Daun bawang... 

Campur jer semua bahan, tambah air, bancuh sampai rata dan letak perasa... Panaskan minyak hah, apa lagi, goreng..ngee.... Udang tu boleh jer kalau nak ganti dengan ikan bilis (blend hancur) atau pisang yang dipotong kecil...



.

Thursday, August 25, 2011

Telur masak sos


Lulu tak tahu nama resepi ni..
Namun demikian, ini juga merupakan resepi simple namun sangat digemari dalam keluarga dari lulu kecil lagi selain lauk petola sebelum ni.. Cara masak yang sangat ringkas, namun digemari oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa kerana keenakkannya...


  • Telur digoreng mata kerbau (direbus pun boleh)
  • Sos cili/tomato
  • bawang merah
  • bawang besar dimayang 
  • Tomato
  • halia
  • perasa
  • Tepung jagung
  • sedikit air

Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan halia... Bila dah naik bau, masukkan sos cili/tomato dan tomato, gaul sekejap, masukkan air. Kalau nak banyak kuah, letaklah sos dan air banyak.. tepung jagung tadi bancuh dengan sedikit air (untuk memekatkan kuah), masukkan sekali... jangan lupa perasa... last sekali, nak masukkan telur dalam kuah dan masak sekejap, atau tuang jer terus kat pinggan yang dah ada telur, mana-mana pun ok.. dah ready :)



.

Tuesday, August 23, 2011

Pisang Goreng


Mudah jer kalau nak makan pisang goreng.. selalunya kat tepi jalan pun ada jual..
Tapi, rasanya lebih enak kalau masak/goreng sendiri..
Apatah lagi, memasaknya hanyalah semudah ABC, makan pun berbaloi..
Jom, cuba cara lulu masak, memang mudah..

  • Pisang, biasanya seulas tu bolehlah belah dua.. kalau lagi besar, boleh belah lagi banyak...
  • Tepung gandum
  • Sedikit tepung goreng pisang adabi
  • air
  • perasa

Bancuh 2 jenis tepung dengan air dan masukkan sedikit perasa.. Jangan terlalu cair... Masukkan pisang, bolehlah goreng didalam minyak yang panas... Caranya mudah, tapi cubalah, berjaya tak dapat pisang goreng yang sedap macam dalam gambar tu??  :)



.

Monday, August 22, 2011

Petola masak telur


Lauk yang paling special dalam keluarga lulu :)
Dan teringin nak kongsikan buat semua...
Dari kecil, mummy akan hidangkan lauk ni..
Bolehlah dianggap lauk yang disukai oleh kanak-kanak..


  • Sayur petola dihiris nipis (macam fries, tapi lagii halus)
  • Telur. Ikut berapa banyak petola.. biasanya untuk 2 petola sederhana besar, memadai sebiji telur, ikut citarasa sendirilah yer..
  • seulas bawang putih, diketuk
  • Perasa

Panaskan minyak, masukkan bawang putih, agak dah naik bau, masukkan sayur petola.. gaul sebentar, pecahkanlah telur dan masukkan perasa. Sayur ni tak perlu masa yang lama untuk dimasak.. Dan yang paling penting, tak perlu nak letak air, sebab air akan keluar dari sayur tu.. magic..ngee, nampak dalam gambar diatas, semua air tu hasil dari petola, harap maklum.. ok, dah ready 1 juadah :)


inilah petola, ambik dari google..




.

Thursday, August 18, 2011

Apam Polkadot


Bahan-Bahan:
 
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa
Pewarna adalah terpulang

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
 


P/S - Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 






Polkadot sungguh macam template Lulu-Pages ;)






.

Monday, August 15, 2011

Kuih Lapis

Bahan-bahan yang digunakan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam 
  • 5 cawan santan sederhana pekat (daripada sebiji kelapa) sedikit pewarna merah, hijau dan esen ros/ pisang( setitik, dua)


1. Panaskan pengukus.
2. Dalam satu mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras, gula pasir dan santan. Gaul sebati dan tapiskan ke dalam bekas lain agar adunan sebati.
3. Bahagikan kepada 2 bekas. Untuk padan, kira secawan demi secawan. Kalau nak buat 7 lapis, bahagikan mengikut nisbah 3:4. Bahagian yang 4 cawan diwarnakan merah dan biarkan satu bahagian lagi hijau.
4. Letakkan garam di dalam adunan putih dan esen ros di dalam adunan merah.
5. Letakkan loyang di dalam pengukus. Tuangkan satu cawan adunan berwarna merah dan kukus selama 7-10 minit. Ulang proses.
6. Apabila siap, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan.Masukkan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak..



.

Thursday, August 11, 2011

Kek Coklat



Bahan-bahan ( untuk 18 cm )
  • * 150g coklat
  • * 50g mentega
  • * 50cc susu segar
  • 3 biji telur
  • 50g tepung
  • 10g serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 40g gula aising
  • Secubit garam

  1. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko
  2. Campur semua bahan * . Cairkan di atas api yang kecil. Bila mentega dah cair, padamkan api.
  3. Panaskan oven ke 140 degree
  4. Asingkan telur kuning dan putih.
  5. Masukkan secubit garam dalam telur putih. Pukul sehingga berbuih. Bila dah berbuih, masukkan gula sikit demi sikit. Pukul lagi sehingga telur gebu
  6. Dalam mangkuk lain pukul pula telur kuning sehingga jadi macam mayonis. Kemudian masukkan cairan coklat tadi. Pukul lagi sehingga sebati.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kacau sehingga sebati.
  8. Masuk pula telur putih sedikit dan dikacau. Ulang sampai habis.
  9. Bakar selama 45 minit.
  10. Selepas 30 minit dibakar, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelak permukaan kek daripada hangus.
  11. Untuk hiasan bolehlah ditabur dengan gula aising 


Kek coklat memang favorite, tapi kalau nak lagi mudah, beli jer yang ready kat kotak tu. tinggal tambah telur dan butter, dah siap.. kan?? tinggal tuang toping jer...



.

Wednesday, August 10, 2011

Sandwich Telur


Tiba-tiba teringin nak makan, jadi ianya menjadi juadah berbuka puasa kelmarin...
Terus kita kongsikan disini :)


  • Roti (lulu pakai warna kuning, lagii menyelerakan)
  • Cheese
  • Tomato dihiris
  • Planta/marjerin
  • Telur
  • mayonis

Kita buat telur dulu....
Telur direbus, nak banyak, letaklah beberapa biji.. Agak dah masak, keluarkan dan kupas... Lepas tu tenyeh dengan alat ni..


Dulu selalu sibuk nak tahu, macam mana kedai roti buat telur macam ni... Betul nak tau, sebab rasanya sedap sangat.... Jadi untuk sesiapa yang ada soalan yang sama, inilah resepinya......So, bila dah hancur macam dalam gambar ni, letak mayonis, nak banyak letak banyak, sedikit lada sulah dan perasa...


Dah jadi, simple jer rupanya buat ni.. Letak mayonis banyak lagii buatkannya sedap..

Ok, so, kita tempek-tempek je lah kat roti... Lapisan pertama leh sapu planta. cheese, lapisan kedua letak telur dan hirisan tomato... haa, dah siap.. Tengok kat kedai roti, sandwich simple macam ni berapa harga???



P/S - Terfikir nak buat burger lagi, nanti kita share resepi eh ... *wink..

~Atas permintaan ramai, segmen ni : lulu akan terima penyertaan sehingga pukul 10 malam ni (rabu)..



.

Tuesday, August 9, 2011

Sawi putih masak udang..

[klik untuk tumbesaran]


Lauk berbuka kelmarin :)
meh kongsi bersama... Sesuai juga untuk kanak-kanak...


  • Sawi Putih
  • Udang, tak perlu banyak..
  • Lada besar, hiris nipis
  • Bawang putih, diketuk
  • Sedikit air
  • Sedikit sos tiram
  • perasa

Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih yang sudah diketuk.. Bila bawang putih sudah naik bau, masukkan udang... Goreng sekejap dan masukkan sawi putih. goreng sekejap, masukkan lada besar dan sos tiram..Goreng lagi, dan masukkan air dan perasa.. Pastikan sawi putih tidak terlalu masak (biar masih berwarna hijau, tengok dalam gambar), sebab bila sayur terlalu masak, khasiat akan hilang... terus angkat..



.

Friday, August 5, 2011

Sup ayam

klik pada gambar untuk lebih jelas :)

  • Ayam
  • Lobak
  • Bawang putih/merah/halia (ditumbuk)
  • Bawang besar
  • Daun bawang
  • sup bunjut adabi
  • kentang 
  • Tomato
  • air
  • perasa

Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang sudah ditumbuk sehingga naik bau.
Masukkan ayam, lobak, kentang, tomato dan bawang besar...
Goreng sehingga ayam sedikit kuning..
Lepas tu masukkan air (dah namanya sup, air mestilah banyak..)
kemudian masukkan sup bunjut adabi dan perasa...
Renehlah sehingga supnya agak wangi...
Dah ready, sebenarnya lagi sedap jika letak sedikit tumix ayam...
letak daun bawang...




.

Thursday, August 4, 2011

Udang Goreng Tepung


  • Udang
  • Tepung goreng ayam (yang dalam kotak tu)
  • Tepung gandum
  • telur
  • perasa


Kupas kulit udang, tinggal sedikit bahagian ekor.
Tepung gandung campur tepung goreng ayam (kalau nak tepung tu besar dan tebal, sila letak sedikit baking powder, tapi untuk udang dalam gambar tu, memang tak letak) letak sedikit perasa.
Pecahkan telur dan pukul sekejap (guna garpu).
Celup udang dalam telur, kemudian salutkan dengan tepung tadi...
Kemudian goreng..




.

Wednesday, August 3, 2011

Ikan Masak Sos..

Klik untuk tumbesaran dan buat air liur meleleh..


Bila berpuasa ni, apatah lagi dah dekat nak berbuka, 
memang sibuklah kan fikir nak berbuka dengan apa..
Nak beli kat Pasar Ramadan, ataupun nak masak sendiri..
Tapi, bagi lulu, lebih elok masak sendiri..
Lagi terjamin kebersihannya, dan lebih sedap rasanya..
Jimat duit poket..

Masalah, bekerja, tak sempat masak???
Sila lihat resepi lulu, ringkas, sedap dan mudah..
main campak-campak jer, kompem sedap..ngee..

  • ikan, terserah nak ikan apa, nak ikan macam dalam gambar pun sedap..
  • asam jawa
  • Bawang besar
  • tomato
  • sos cili
  • tepung jagung, bancuh dengan air 
  • perasa..

Mula-mula, goreng ikan selepas di sapu dengan garam dan asam jawa..
lulu lagi suka macam tu, walaupun masak berkuah, sebab ikan tak berbau hanyir..
Bila dah masak, ketepikan..
Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar yang dihiris beserta tomato yang sudah dipotong kecil. Bila dah sedikit layu, masukkan sos cili.. agaklah yer, banyak ikan, banyaklah sos.. nak berkuah, kan??
Lepas tu masukkan sedikit air, gaul rata, masukkan perasa..
sedikit tepung jagung yang sudah dibancuh air (untuk memekatkan kuah.. Org cina memang tak boleh dipisahkan dengan tepung jagung..)
Dah agak pekat, masukkan ikan (tak nak masuk pun takpe, terus tuang kat ikan..)
ok, dah siap 1 juadah...
Mudah, kan??



.

Tuesday, August 2, 2011

Sotong masak buncis..

Klik untuk tumbesaran dan buat air liur terleleh.. terbaek..


Bila baca entri Pinky Momma yang tak tau nak masak apa dengan sotong...
Meh, kita lihat resepi ni, manalah tau menjadi ilham lak kan..ngee...
Boleh juga menjadi hidangan istimewa buat waktu berbuka nanti..
Lulu nampak gambar resepi ni dari blog nini..
Lama dah, nak cari entri tu dah tak ingat bila..
Terliur masa tu, terus try...

  • Sotong, potong ikut selera
  • Kacang buncis dipotong serong
  • beberapa ulas bawang putih (ikut banyak masakan), diketuk
  • sedikit lada besar (juga dihiris nipis)
  • sedikit minyak
  • sedikit air
  • perasa

Menu ni simple, dan mudah.. main campak-campak jer, kompemlah sedapkan...

memula panaskan minyak.
Pastu, masukkan bawang putih, goreng sampai naik bau..
Dah tu masukkan sotong.. Pastikan buang darah hitam tu..
Goreng seketika sehingga sotong melentik..ngee..
Masukkan buncis, lada besar..
Masukkan sedikit air dan perasa..
Dah ok, jangan masak terlalu lama, nanti buncis layu...




.

Tuesday, June 28, 2011

Sosej ala cinta


Yeah, lama tak buat tutorial masak simple dan sedap ala lulu....
Tengah hari ni nak makan sosej yang sangat simple....
Lulu memang suka masakan yang simple...
Main campak-campak, dan ting** dah siap, leh makan..
Makan dengan selera dan senang hati...


Resepi ni adalah resepi lauk..

-Sosej... (sosej ayam selalunya..)
-Sebiji telur
-Bawang besar
-Sos tiram
-Sedikit sos cili
-Sedikit air
-Sedikit perasa


Caranya,
Potong sosej ikut suka..
Bawang besar hiris...
Panaskan minyak, masukkan bawang besar... Lepas tu masukkan sosej... Biar agak masak, pecah sebiji telur dan setelah telur agak masak, masukkan sedikit sos tiram dan sos cili... Masukkan sedikit air.. sedikit jer eh.. Kacau rata, masukkan perasa..  Tak perlu banyak sebab sos tiram dah agak masin...


Tadaa...dah ready masakkan simple.. Lauk ni disukai oleh kanak-kanak :)
(dinamakan sosej ala cinta kerana bila makan, terasa cinta..ekeke takde kaitan)




.

Wednesday, February 2, 2011

Udang Sweet Sour cara Lulu


Apa menu lunch korang?
Tadi lulu masak lauk ni..
Simple jer, dan tak perlu nak guna banyak bahan...


  • Udang (nak banyak letak banyak..)
  • Lobak, hiris nipis
  •  Bawang besar, hiris nipis
  • Daun Bawang, potong ikut suka
  •  Sedikit sos cili
  • Sedikit tepung jagung


Panaskan minyak, masukkan bawang besar, tumis sekejap..
Masukkan lobak dan udang....gaul rata sehingga udang kemerahan..
(jangan terlalu lama....) masukkan sos cili..
Gaul rata dan masukkan sedikit air..
Setelah mendidih, bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan.
Letak perasa, dan, sedia untuk diangkat..




P/S - Lulu hanya menyediakan resepi yang mudah dan sedap..
Resepi-resepi lulu memang sesuai buat orang bujang, student dan
ibu yang bekerja, tapi masih ingin menyediakan makanan sedap buat keluarga..
Ini adalah kerana lulu suka simple dan biarlah masakan itu sihat...
Cubalah..



.

Wednesday, January 26, 2011

Resepi Orang Bujang..Simple dan Sedap..


Sayur campur ala Lulu..

  • Brokoli
  • kubis bunga
  • sedikit lobak merah
  • lada benggala..
  • bawang putih
  • sedikit sos tiram (kalau byk nak masak, sila lebihkan..jgn terlalu byk-masin)
  • corn flour

Semua jenis sayur, hiris nipis / ikut selera..
bawang puth diketuk.. (pukul jer dengar pisau potong daging tu..ngee..)
panaskan minyak..
masuk bwg putih dulu..
pastu masuk brokoli (paling penting batang dia dulu..
sebab batang kena masak lama sedikit..takut tak masak..
itulah penting, batang, kena hiris agak nipis yer..)
sekali dengan kubis bunga, lobak dan lada benggala..
(main campak jer semua - kan senang..)
Goreng sekejap..(sayur tak bleh masak lama - hilang khasiat - tak sedap..)
Masukkan sos tiram, goreng sekejap..
masukkan corn flour/tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air..
Jgn terlalu banyak..nanti terlalu pekat.

Untuk perasa, leh letak sedikit garam...
sebab dah masin oleh sos tiram..
tadaa....dah ready....MySpace



.

Wednesday, January 19, 2011

Buat sarapan yang mudah dan sedap


Tetiba pagi tadi teringin nak masak dan makan nasi goreng....
Yang paling mudah, hanya dengan bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk,
kita dah boleh menyiapkan hidangan 
nasi goreng tanpa perlu keluar dan makan kat kedai...


Berikut resepi untuk 3 orang makan
  • nasi (agak-agaklah untuk berapa orang makan..)
  • 2 batang sosej, potong ikut suka
  • 10 ekor udang (nak banyak boleh tambah)
  • Seulas bawang merah dihiris
  • Sedikit sayur campur
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 biji telur
  • perasa

Panaskan minyak...
Pastu, masukkan bawang dulu, goreng hingga naik bau.
Masukkan sekali udang,  sosej dan sayur campur..
Goreng hingga sedikit kekuningan..
masukkan sedikit perasa..

Masukkan nasi dan kecilkan api..
masukkan sos cili dan perasa..
Gaul rata..
(Kecil api, supaya nasi tak kering sementara semua digaul sebati)
Bila dah sebati, pecahkan telur..
masak sekejap, dan angkat.....
Cubalah..



.


Wednesday, September 1, 2010

Langkah demi langkah : Tauhu masa sos tiram lulu

lalala.....nak jadi chef skrg ni...ngeee...
Masakan yang simple, sedap dan mudah..

Bahan-bahannya :
  1. Tauhu (mesti ada..dah nama masakan tauhu, ye tak)
  2. Sedikit minyak masak
  3. Sos tiram
  4. Daun bawang
  5. Cili besar (kalau suka. Tak de pun tak pe)
  6. Bawang besar

Memula...Panas minyak.. Potong tauhu 4 berbentuk kiub kecik..
Ok Goreng sampai sedikit kekuningan..



Angkat dan ketepikan.


Ok, Hiris bawang dan potong daun bawang.


Tumis bawang besar, dan bila dah naik bau, masukkan tauhu tadi.. (sorry eh gambar kurang jelas, pakai hp cap ayam jer ni...ngee..)


Masukkan sos tiram. Agak-agak satu sudu besar..Gaul rata..


Masa ni, masukkan sekali cili besar yang dihiris, goreng kejap, masukkan sedikit air dan perasa.


Tadaaaaa... dah siap..Simple je kan...cubalah..
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!