“Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.
“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.
“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.
Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.
Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.
“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.
“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.
Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).
“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.
Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.
Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.
P/S - Baca berita ni, tiba-tiba teringat Diana Naim..
.
27 Penyokong CHELSEA:
Tak sangka betul =.=
Tapi ini lah namanya Qada' dan Qadar.
hurm elia ni sepupu bos kite.mmg ada sdkt cerita krg manis ttg diorg,tapi ni kan bulan ramadhan sepatutnya bw berbincang,sebelum tunang pun dh kecoh satu dunia.inikan pulak bertunang krg manis dok canang sana sini.sedangkan yg dah kawin pun blh cerai,apatah lagi setakat bertunang,bila dgr bos cerita hal keluarga diorg,hurm rasanya dua2 pihak baik elia dan khairul kena dok berbincang,diorg dah jadi selebriti kena jaga adab2 semasa keluarkan kenyataan di media.sbb libatkan maruah keluarga yg besar.alahai!!!
Ciannya. harap dapat settle cara baik..sebab nak satukan baik2..nak clash biarlah ada adabnya kan:)
*salam ramadhan lulu:D
erm..mna 1 btui ni?mcm2 la...sian jgk kt elia..tp mcm x sangka apek ada ppuan lain..hrp2 ada la jln penyelesaian..hari baik bulan baik ni, x baik gaduh2
p/s: slmt berpuasa cik lulu
hemmm..... rasanya banyak keputusan dibuat secara drastik..pada saya, kalaupun disebabkan orang ketiga, masalah tu masih boleh diselesaikan kalau elia bersabar, tidak mendesak.. apapun, moga keputusan tu adalah keputusan yang terbaik bagi kedua-dua pihak.. kalau ada jodoh, tak ke mana kan? kalau tak de jodoh, pertahan macam mana sekalipun, akan terlerai jugak... humm... moga mereka bahagia dengan cara masing-masing... amin
adoiiiiiii..macam ni pulak la ceritanya...
patutnya lelaki tu buat cara baik kalau nak putus tunang...bukan buat kenyataan kat media...gah di padang bola rupanya penakut dengan seorang wanita....
@Anem arnamee same to you dear ;)
@norshila ibrahim selamat berpuasa dear
@Kancil 8349 itulah, bak kata ibu elia, masa tunang minta dengan cara baik, sepatutnya dah jadi macam ni, apapun masalahnya, putuslah juga dengan cara baik..
hmmm ... poyo la 2 org nih ...
lulu..akak suka dengan design baru awk ni..cute ler katun awk tuh..suka ler..camne buat??ajarin bule ka?hehe
selamat menyambut ramadgan al mubarak
x de jodoh..tp sepatutnya putus pun kene di buat dgn cara yang betul...
Teringat Diana Naim juga..Kesian dia... Dugaan..Mungkin Allah nak bagi dia kehidupan yang lebih baek kan kita mana taw? :)
@siti fatimah aka kakchik Tu orang lain yang buatkan kak, lulu siyes tak reti... selamat menyambut ramadan juga buat kakak sekeluarga..
pape je la diorang ni..neway, selamat berpuasa lulu..posa x hari ni...?
@O'gosh Puasa.. :)
tatau mna satu betul or salah. pape pun biarlah ssuatu tu dimulakn & diakhiri dgn baik xkisahla apa pun akhirnya mcmane.Apex spttnye lebih terbuka dgn tunang sendr utk berbincg.Elia pulak jgn kecoh2 benda2 mcm ni kt facebook ke ape ke & jgn terlalu mendesak.die kne tau la tunang dia ade tggung jwb besar.Bykkan berdoa.lelaki mmg mcm tu.Kne byk bersabar. Best women win kan.& pray for the best.
Pape pun selamat menyambut Ramadhan al-mubarak cik lulu;)
Urm mungkin ada hikmah di sebalik semua nie !!!
@IdaSahman selamat ramadan ;)
Harap Elia redha ..
tak semua yg kita rancang akan menjadi dan tak semua yg kita sayang akan kita miliki : )
ummie mia tgok dan baca je... tak pihak mana2... by the wat selamat berpuasa lulu ^_^
Apex fikir la elok2 yea. Jangan lak lepas ni nyanyi lagu kembali terjalin tiap2 hari. Gegegegegege.
mgkin ad hikmah klaupun dorg btul2 dorg ptus tunang...slmat berposa cik lulu..
Betul la kata mak Elia tu, klu betul Apex ade girl lain, elok gak untuk Elia coz dia dpt tahu b4 dorang married. . .kalau dah jadi laki bini, lagi berat kan. . .
teringat nabil. dah femes, banyak duit mule buat perangai. ade girl elok2, pegi kat pempuan tah ape2. pliss r.
dah fames.....la..la..la..hihihi..faham-faham jer la...
Post a Comment