Tuesday, August 23, 2011

Pelarian Somalia jual bantuan makanan demi duit


Penduduk Somalia yang menghadapi krisis kebuluran terpaksa menjual bantuan makanan yang diterima daripada pertubuhan kemanusiaan bagi membolehkan mereka membeli keperluan harian lain dan menampung kos rawatan perubatan.

Seorang nenek, Fatuma Abdi, 81, yang menghidap kencing manis dan memelihara empat cucu selepas kematian ibu bapa mereka berkata, dia terpaksa berbuat demikian bagi membolehkannya mendapatkan rawatan dan membeli susu.
Abdi yang tinggal di Bulla Hawa, bandar di sempadan Kenya dan Somalia berkata kepada Radio Netherlands Worldwide, sebelum ini dia berniaga secara kecil-kecilan tetapi perniagaan itu gagal diteruskan.

Selepas dimaklumkan bantuan makanan oleh badan bukan kerajaan (NGO) akan diedarkan di Mandera, Kenya yang terletak lebih satu kilometer dari rumahnya, nenek itu pergi mendapatkan bantuan berkenaan.
Dia memperoleh 50 kilogram beras dan kurma, 50 kilogram tepung gandum, tiga liter minyak masak dan tiga paket susu.

Beberapa minit kemudian, Abdi berunding dengan seorang peniaga untuk menjual makanan di luar sebuah sekolah, di mana bantuan itu diagihkan.
"Saya sakit dan perlukan rawatan. Saya jual beras dan kurma bagi mendapatkan wang untuk membeli ubat selain susu untuk cucu saya,'' jelasnya.

Seorang lagi penduduk, Mohamud Ali, 65, berkata, perbuatan berkenaan bukan satu perkara baru.
"Keperluan setiap orang berbeza, namun ia bukan alasan untuk tidak menyediakan bantuan makanan,'' katanya.
Sebuah pertubuhan kemanusiaan berkata, mereka tidak dapat memantau dan mengawal penjualan bantuan makanan berkenaan.



.

2 Penyokong CHELSEA:

miss jambu on August 23, 2011 at 7:54 PM said...

genk tag lulu dalam segmen ini

http://genkcorner.blogspot.com/2011/08/segmen-jom-join-gadis-blogger.html

Ce'gu JAERA on August 24, 2011 at 4:30 AM said...

d saat kita kekenyangan dan membazirr di sini.. rupanya ada insan lain d luar sana yang lebih memerlukan makanan walaupun sebutir nasi..

bantulah saudara2 kita d Somalia ini..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!