Wednesday, August 24, 2011

‘Saya dah serik main mercun’


“Saya tidak mahu main mercun lagi. Saya dah serik,” kata Mohd. Faizal Mat Sani, mangsa mercun bola buatan sendiri.

Kanak-kanak berusia 7 tahun itu cedera di jari tangan kanan apabila mercun bola meletup ketika bermain bersama abangnya, Mohd. Faris, 13, di rumah mereka di Kampung Wawasan Indah Bukit Merah dekat sini kelmarin.
Murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu itu tidak menyangka mercun tersebut akan meletup dengan begitu cepat.

“Saya ingat sempat untuk membaling mercun itu namun ia tiba-tiba meletup,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini tidak ceria kerana terpaksa berhari raya dengan tangan berbalut.

Sementara itu, bapanya, Mohd. Sani Ishak, 40, berkata, ketika kejadian dia sedang bertugas di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran.
Katanya, dia bergegas pulang ke rumah sebaik dimaklumkan kejadian itu dan membawa anaknya mendapat rawatan di klinik berhampiran.
“Syukur kecederaan tidak berapa serius tetapi akibat kecederaan itu dia sukar untuk makan, menulis dan sebagainya,” katanya.



.

5 Penyokong CHELSEA:

JunAina on August 24, 2011 at 11:51 AM said...

hari2 bising ngan anak2 coz lepas berbuka je sibuk main mercun dgn kawan2 kat luar...
kalau dengar e memang sah le jadi mak tarzan kejap jerit sampai bawah...

takut benda beginilah, paling takut kalau kengkawan baling kena muka dan mata...

Amy Amira on August 24, 2011 at 11:59 AM said...

tu lah org dah ckp jgn main mercun...ni x pegi terawih main mercun bola pulak tu,kalau pop pop x apa lah lagi sb dia tiruan punye mercun...hah kan sape susah...

arituarini on August 24, 2011 at 11:59 AM said...

dah kena baru nk serik... nnt dah baik lupa balik.. kih kih kih

ieda =.= on August 24, 2011 at 3:08 PM said...

budak-budak mmg mcm tu..lg larang lagi dibuat..hihihi sbar je ibu-ibu smua..

Ce'gu JAERA on August 24, 2011 at 3:35 PM said...

bagus lah nak, kalau ko dah berubah... sudah kena baru nak insap.. ehehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!