Wednesday, August 24, 2011

Dua beradik maut, langgar lari

Seorang ibu hampir pengsan apabila melihat dua anaknya berusia enam dan sembilan tahun terbaring dengan berlumuran darah di jalan selepas selepas basikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Kampung Hujung Tanjong, Panchor, dekat Pengkalan Chepa, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, Raja Zulkarnain Raja Azahan, 9, dan Raja Nur Elia, 6, yang membonceng basikal maut dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sering, di sini.

Ibu mangsa, Nurain Alia Abdullah, 35, yang ketika itu baru saja pulang dari bandar untuk mengambil wang zakat, bercadang untuk membeli pakaian Aidilfitri untuk dua anaknya itu semalam, tapi hajatnya itu tidak kesampaian.

“Saya bercadang untuk membeli baju Melayu dan baju kurung untuk mereka sebaik memperoleh wang zakat daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

“Malah, Raja Zulkarnain beberapa hari sebelum itu juga menyuruh membeli baju Melayu berwarna ungu,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), semalam.

“Saya tidak bermaya melihat keadaan mereka yang masih berpakaian sekolah dan berlumuran darah,” katanya

Difahamkan penduduk kampung ternampak sebuah kereta jenis PROTON yang dipandu dengan laju serta melanggar anaknya daripada arah belakang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat menghubungi bahagian trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 09-7752229 atau balai polis berdekatan.



.

7 Penyokong CHELSEA:

Rozita Ceritaita on August 24, 2011 at 11:18 AM said...

zalimnya orang yg melanggar tu.. percaya la hidup dia takkan tenang..

Unknown on August 24, 2011 at 11:35 AM said...

ya allah sedihnya...kenapa la tak perikemanusiaan sangat..apa salahnya kalau berenti tolong budak tu..tak dapat nak bayangkan mcm mana keadaan mereka menghadapi saat kematian..

Hudalatip on August 24, 2011 at 11:40 AM said...

Eh,sedihnya....

Nadia on August 24, 2011 at 11:42 AM said...

Al-Fatihah..sedihnya..:'(

new entry :: Berat Badan Menurun

Unknown on August 24, 2011 at 11:43 AM said...

Innalillah...dah la nak raya ni...siannya

hazirah kasimon on August 24, 2011 at 12:31 PM said...

sdehnyaa...nk rya ni @@

Ce'gu JAERA on August 24, 2011 at 3:39 PM said...

mmg tak guna unya proton tu.. langgar lari macam tu je...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!