Setiap kali bulan Ramadan menjelma hinggalah bulan mulia yang penuh keberkatan itu melabuhkan tirainya, cerita tentang kaki ponteng puasa pasti kedengaran.
Pelbagai alasan diberikan oleh kaki ponteng terbabit untuk mewajarkan perbuatan mereka itu dan mereka juga sering dilihat membeli makanan secara bungkus tanpa rasa bersalah.
Tinjauan berjaya mengesan sebuah gerai di Jalan AU3/29, Keramat di sini yang dilihat menjadi ‘lokasi terbaik’ untuk kaki ponteng puasa melayan selera.
Golongan tersebut dilihat semakin berani, tanpa segan-silu dan secara terang-terangan mengunjungi gerai nasi berlauk yang dibuka sejak pagi setiap hari itu.
Sepanjang pemerhatian selama satu jam bermula pukul 10.30 pagi semalam, gerai tersebut didatangi lebih daripada 10 lelaki yang dipercayai beragama Islam untuk membeli pelbagai makanan di situ.
Kesemua lelaki berusia awal 20 hinggalah warga emas itu dilihat membungkus makanan sebelum dibawa ke tempat yang lebih selamat seperti rumah masing-masing untuk menikmatinya.
Penulis yang kemudiannya mengunjungi gerai itu dan berpura-pura ingin membeli makanan mendapati terdapat lebih 10 jenis lauk terhidang secara terbuka di gerai tersebut.
Lebih memeranjatkan, minuman teh 0 panas yang sudah siap dibungkus turut disediakan bagi memudahkan kaki ponteng membelinya dan membawa pulang.
Salah seorang pekerja di gerai itu mendakwa gerai tersebut beroperasi pada sebelah malam pada hari biasa dan dibuka pada waktu tengah hari pada bulan Ramadan.
Ditanya tidakkah dia rasa bersalah kerana menggalakkan orang ramai ponteng puasa, pekerja berusia akhir 30-an itu mendakwa dia hanya bekerja di situ dan tidak tahu perkara-perkara lain.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Din berkata, sejak hari pertama berpuasa, gerai itu menjadi tumpuan kaki ponteng puasa dan keadaan itu benar-benar memalukan.
Sehubungan itu, dia meminta supaya tindakan bukan sahaja diambil kepada kaki ponteng puasa tetapi juga kepada peniaga yang membuka perniagaan dan menjual makanan sebelum waktu yang dibenarkan.
.
6 Penyokong CHELSEA:
adeh.. teruknya... ponteng pose!!!
kesian diaorg nih...kesian sbb dah ready tempah tempat dlm neraka jahannam...
sungguh mencemarkan kesucian bulan Ramadan.. baik si kaki ponteng, mahupun si peniaga----> hukuman di dunia kamu terlepas, tunggu sajala balasan di akhirat..
aiseyman, dekat area rumah kak zu tuuuuu...nak gi usherrrrrr tengok. ceh!! memalukan....bukannya mati kalu kena posa
laa..suka suki je mereka2 nie
terg2 la tuk >.<
haih
dorang ni memang mintak kena luku kepala sampai berlobang..
http://indahhiasan.blogspot.com/2011/08/panduan-lengkap-sembahyang-fardhu.html
Post a Comment