Saturday, August 20, 2011

Sifat Manusia

Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.

Huraian Hadith: 
i) Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain.
ii) Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri.
iii) Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redha di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah S.W.T. Bahkan Allah telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan ditambah sebaliknya pula bagi orang kufur (tidak bersyukur).
iv) Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.




.

5 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on August 20, 2011 at 4:08 AM said...

bersikap dengki akan melahirkan sikap benci membenci sesama kita... apa yang penting adalah hidup secara besederhana dalam segala..

santapan minda yang murni di pagi ini...

Ana Amalina on August 20, 2011 at 4:15 AM said...

di bulan yg mulia ni,byk yg sy blaja mcm hadith kat tuh....sesungguh bln ni penuh berakah.. =)

Unknown on August 20, 2011 at 4:28 AM said...

best entry!!

aamalinaazman on August 20, 2011 at 4:39 AM said...

alhamdulillah =)
besederhanalah dlm ape pon kan?
maceh cek lulu!

ewanthology on August 20, 2011 at 6:01 AM said...

belajar untuk berkata 'cukup'

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!