Wednesday, August 17, 2011

Suami dakwa hospital cuai bedah isteri

Hasrat seorang suami untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama isteri kesayangannya tidak kesampaian apabila wanita itu kini terlantar di hospital, gara-gara dakwaan kecuaian doktor menjalankan pembedahan apendiks pada 21 Julai lalu.

Menurut Koperal Sharifuddin Othman, isterinya, Salmai Ibrahim, 52, sepatutnya menjalani pembedahan membuang apendiks pada 20 Julai lalu selepas dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar, Perlis, ketika sedang menjaga ibu mertuanya yang patah kaki.
"Apendiks isteri saya disahkan sudah pecah ketika itu tetapi dia hanya dibedah pada pukul 3 petang keesokan hari.

"Selepas pembedahan, isteri saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam keadaan koma selama dua hari sebelum dipindahkan ke wad biasa dan dibenarkan keluar hospital pada 27 Julai lalu," katanya yang juga Timbalan Ketua Polis Balai Komuniti Taipan, USJ Subang Jaya ketika ditemui di sini hari ini.
Pada pukul 8 malam hari yang sama, bagaimanapun, menurut Sharifuddin, isterinya yang ketika itu berada di rumah kakak iparnya di Taman Guru Jaya, Kangar, mengadu sakit dan didapati bahagian jahitan pembedahan di perutnya terbuka sehingga darah mengalir keluar.
Keesokan harinya, isterinya dihantar semula ke HTF dan ditahan di wad tetapi hanya menerima rawatan membersih luka.

Dia mendakwa tiada usaha dilakukan oleh doktor untuk menjahit semula tempat pembedahan yang terbuka atau membuat pemeriksaan lanjut terhadap bekas pembedahan itu sehinggalah keadaan isterinya semakin teruk dengan semua jahitan di perutnya terbuka pada 2 Ogos lalu.

"Isteri saya menderita kesakitan sehingga demam apabila luka di tempat pembedahannya terbuka semula sehingga menampakkan isi perut tetapi doktor hanya membersihkan luka tersebut, memberi ubat demam dan penahan sakit dengan alasan ia proses biasa untuk pulih," katanya.

Dia yang tidak berpuas hati dengan layanan hospital itu kemudian memindahkan isterinya ke Pusat Perubatan Kedah di Alor Setar, pada hari sama.
"Tiba di situ, doktor memaklumkan keadaan isteri saya sudah tenat kerana usus yang disambung selepas pembedahan sebelum ini pecah dan membengkak, malah dia akan meninggal dunia jika tidak dirawat segera," katanya.

Ekoran itu, isterinya sekali lagi terpaksa dibedah bagi menyelamatkan nyawanya pada keesokan hari.
Sharifuddin berkata, pembedahan kedua di pusat perubatan itu berjaya menyelamatkan isterinya tetapi dia belum dibenarkan keluar hospital sehingga kini dan berkemungkinan terpaksa berhari raya di hospital.
Memandangkan mereka sekeluarga tinggal dan bekerja di Subang Jaya, salah seorang anak perempuannya terpaksa berhenti kerja di sebuah bank untuk membolehkannya menjaga ibunya yang terlantar di Pusat Perubatan Kedah.

Sharifuddin mendakwa sudah bertemu dengan Pengarah HTF untuk mengadu tentang kecuaian kakitangannya tetapi tiada maklum balas diperoleh sehingga kini.
Dia yang kecewa dengan kecuaian dan sikap lepas tangan pihak HTF kini dalam proses mendapatkan peguam untuk menyaman hospital berkenaan.



.

5 Penyokong CHELSEA:

lianalovekhairi on August 17, 2011 at 9:08 AM said...

w/pun saya staff gomen tapi...dari dulu sampai sekarang memang tak berkenan dengan hospital gomen....Buat kerja lebih kurang je. Tak kesahlah byk mahal sikit kat hospital swasta, janji rawatan & layanan yang diberi sangat memuaskan.

Hanis Azla on August 17, 2011 at 9:27 AM said...

kesiannya bila menerima layanan sebegitu di hospital.. harap2 pesakit itu sembuh sepenuhnya.. kes2 mcm ni byk benar berlakukan..

nurkaloi on August 17, 2011 at 10:24 AM said...

tak patut betul
bukannye bermain dgn nyawa haiwan
kekadang haiwan punn kite kesian kalau mati
ini orang kowt
kalau jadi ape2 memang harus tanggung kesilapan tu kowt

ieda =.= on August 17, 2011 at 11:10 AM said...

syieda sendiri pun sudah terkena dengan hospital govment ni..

bf syieda eksident xteruk. di masukkan ke CCU. tapi layanan yg diberikan tidak seperti yg sepatotnya.. bygkan darah tidak di cuci smpai nanah kuar..

sampai buat beliau koma 3 hr dalam ICU. itupun setelah pakar HUKM turun baru doktor sana tergedik2 nak tolak die masuk ICU..

seyes biar bhabis duit utk swasta dari bertarung nyawa di hspital gov..

MizzTina on August 17, 2011 at 11:40 AM said...

smpi skang xberkenan dgn layanan kebanyakn staf hsptl kerajaan.. sambil lewa je..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!