Dalam dua operasi berasingan yang dilakukan ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kemumin, dekat Pengkalan Chepa semalam, kira-kira 40 remaja ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan jalan raya seperti merempit, tidak memakai topi keledar, tidak memiliki lesen dan kenderaan tamat cukai jalan.
Inspektor Penguasa Trafik IPK, Cif Inspektor Mohammad Azmihrul Mokti, berkata remaja terbabit dikatakan mengambil kesempatan untuk keluar malam dengan memberi alasan kepada ibu bapa hendak menunaikan solat Tarawih, namun digunakan untuk merempit.
“Polis akan terus melakukan operasi membanteras kegiatan merempit ini sepanjang Ramadan dengan memberikan tumpuan terhadap beberapa kawasan di sekitar bandar ini yang dikenal pasti menjadi tumpuan mat rempit terbabit,” katanya.
Mohammad Azmihrul berkata, melalui pemantauan yang dilakukan, lebih 100 penunggang motosikal termasuk remaja dikenalpasti melakukan kegiatan merempit ini bermula seawal jam 8 malam hingga ke subuh.
Beliau berkata, dalam operasi pertama malam kelmarin yang bermula jam 10.30 malam hingga 11 malam di Kemumin, dekat sini, polis menahan 27 motosikal dan mengeluarkan 29 saman, membabitkan 67 kes termasuk menahan seorang remaja yang didapati positif dadah.
.
4 Penyokong CHELSEA:
betul! bukan time tarawih je...solat jumaat pun selalu gak..baju melayu kalah baju raya kot..full set semua ada kot..tapi hampehh..pi merempit pulak..adoi!
wah..tak perasan Lulu berwajah baru..nice..:) rumah akak ni berdepan dgn padang, sejak bulan ramdhan ni..rasa macam budak2 tu sengaja je main mercun menghala betul-betul kearah umah akak..kadang terkejut dibuatnya..huhu..anak siapalah..:(
Bulan Ramadan orang cari pahala dorang pula cari bala...memang bebudak yang tidak berakal
dua2 sekali.. kih ki kih kih
Post a Comment